LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 31 August 2011

Raya Kedua

Assalamualaikum

Menu hari raya pertama:-
LEMANG, KETUPAT, RENDANG, LEMANG, RENDANG, KETUPAT, KETUPAT, KETUPAT, KUIH RAYA, KETUPAT...oppss.. ter-Caps Lock plak.. hahaha

Kalau menu raya kedua nie sama jugak, memang aku stat moto, lari pegi makan kat kedai ler.. Huh.. Muak kot.. Kempunan memang ler, tapi kalau dah dua hari makan benda yang sama, memang tak mampu la aku.. ~~

ingat nak tengok kat tv3 smalam, tapi bebudak conquer tv, tngok katun.. adeiii.. Terlepas la..


Hari nie jugak, negara Malysia akan menyambut hari merdeka.. tahniah diucapkan kepada semua penduduk Malaysia umumnya, kerana telah berjaya mengekalkan keamanan negara dan mempertahankan negara daripada dijajah semula buat kali ke-54 berturut-turut.. Good job everyone...

Suka dengan video terbaru Mat Luthfi, Made By Malaysian tuh.. meang terbaik lah.. Double Thumbs up..
Apel !! Adik ko ada masuk tak dalam video tuh?? Hehehe..



Sori la, dua tiga hari nie aku rasa smua entry aku memang agak ke-sampahan la.. Pengambilan ketupat dan lemang secara over telah menyebabkan otak aku kurang produktif, lembab dan tidak waras.. Haha..

Sekian dulu,
Siaran lansung dari Kg Sempeneh (baca: spain-eh)
Wassalamualaikum


p/s: menaip dalam keadaan yang super mengantuk, tapi tak dak tempat tido.. Heyyy.. Tido berbantalkan tangan  jer la

Wordless Wednesday # 9

Assalamualaikum

WW  harinie.. Layannzzzz





p/s: new tensa zangetsu... wohooo

Tuesday 30 August 2011

Raya Pertama

Assalamualaikum

Walaupun berada di kampung, kerja meng-online tetap diteruskan.. Hehehe..Nasib kat kampung aku yang aman damai nie ada tmnet wifi coverage.. Boleh la online jugak.. Walaupun kelajuan nya tak der la selaju P1WiMax di rumah, tapi cukuplah..


Alhamdulillah, hari nie kita raya.. Brapa batang lemang korang tumbangkan?? Brapa bakul pembalut ketupat korang dah buang?? Ish ish.. Makan tu pada -pada yer.. Takot nanti perot terkejut.. Sbulan makan sikit jer, tiba-tiba arinie, 5kilo rendang korang sumbat lam perot.. Bleh migrai tau dak perot korang tuh.. Hehehe

nie aku sorang jer bleh habiskan.. Haha.. Tapi tunggu 5 6 hari la baru habis smua.. :p



Happening tak raya korang?? Mesti best kan jumpa sanak sedara..
Bley kutip duit raya banyak-bayak.. Aku yang dah layak mengundi nie pun masih dapat kot.. Tapi nilai nya makin besar la, sebab badan pun dah besar..


Tahun nie, kurang meriah sebab acara mercun-memercun dengan rumah sebelah tak dapat dijalankan.. Sebab nya, ayah aku tak dapat supply mercun dari taiko-taiko mercun Sg Petani, sepereti taun-taun sebelom nie..
Selalunya time-time begini, langit di kawasan kampung aku akan diwarnai dengan letusan-letusan bunga api, dan bunyi dentuman bertubi-tubi akan kedengaran..


Sebenarnya aku taktau nak tulis apa.. Nie ira macam entry samph la jugak.. Hahaha.. Asal kan ada entry.. Wohohoho..

Sekian
Wassalamualaikum

p/s: serius tak dak idea.. Otak tersumbat dengan lemang kot.. Hehehe



Monday 29 August 2011

Ucapan Raya Lisa Surihani

Assalaualaikum

Mai dekat Mai dekat.. Nih awek aku nak buat ucapan raya nie.. Hahaha..





Ok.. Beri perhatian lebih waktu penghabisan video nie tau... Lisa akan cakap "Sayang awak Dzarief"..
Wahahaha.. Terharu beb.. Dia masih sayang kat aku.. Sob Sob..





Dengaq tak?? Hahaha.. Bohong lah.. Mana ada pun dia cakap gitu.. Agak-agak arr... Aku dengan da dah lama break-up.. Aku sekarang solo jer, malas nak kapeling -kapeling nih.. Kacau study.. Waahhaha


Maaf Zahir Batin.. :D
Sekian
Wassalamualaikum


p/s: smua yg aku tulis nie hanyalah karut.. Jangan marah yer Yusry.. ;b
 

Alasan Kekalahan Arsenal Yang Paling Bernas

Assalamualaikum

Lepas match semalam, aku hanya menhabiskan masa aku kat Facebook, kat fanpage Arsenal.. Saja nak menengok reaksi-reaksi penyokong arsenal.. Tau apa yang aku baca..?? Dalam 5000++ komen tuh, 90% dok suroh Arsene Wenger berenti .. Aku? Aku cool jer.. Sokong lagi Arsene Wenger.. Kami kan kawan baik..

Rilek la der.. ManU menang 10-0 ker, 8-2 ker, depa tetap dapat tiga mata.. Tak bley dapat lebeyh pun kan.. So chill la Arsenal fans.. Minggu-minggu depan, Wilshere dah elok, gervinho dah ada, Song ada, Sagna ada, Vermalaen ada.. Smua ada baru kita comeback.. Haha

Tengah dok godek-godek fb tadi, jumpa la satu post yamg membe aku tulis.. Siyes, aku rasa alasan nie la yang paling bernas untuk diguna pakai.. :D



Hahaha.. Kan logik tuh..Whahaha  ;b


Sekian
wassalamualaikum

Emosi Terkini

Assalamualaikum

Aku harap korang happy.. Tak macam aku...














Tolong la..Beli la pemain hebat sikit... Sakit hati tengok game camnie....Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!


Adios

Sunday 28 August 2011

LOL: Bila Watak Kartun Bagi Ucapan Raya

Assalamualaikum

Smalam gua emo, tapi jangan risau.. Gua dah cooldown... Harinie gua memang chillex jer..Hehehe

Raya dah dekat, banyak la ucapan-ucapan Raya mula diluahkan, tak kira lah di radio ker, di TV ker, di FB ker, mahupun di entry-entry blog..

Jadi, kali nie gua nak kongsi ngan korang, apa yang watak-watak katun kegemaran ramai nak ucap sempena kedatangan Aidilfitri tahun nie... Layanzzzz..


**
**
**
**
KLIK KAT GANBAR UNTUK NAMPAK LEBIH JELAS.. :))
**
**








Hahaha.. Kesian Silver Ranger.. Kena kerja waktu raya.. Memang tak best..

Kat kesempatan nie jugak gua nak ucapkan, Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung blog zuhdifrek.blogspot.com  nie.. Segala kekhilafan sewktu menulis, berinteraksi dan berkomunikasi harap dimaafkan.. Maafkan kalau ada janji yang masih belom dipenuhi, gurauan yang disalah fahami dan penulisan yang menyakitkan hati.. Maap maap maap.. I'm Sorry..

Pesanan gua pada korang, berpada-padalah sewktu menyambut aidilfitri..Ingatlah saudara-saudara se-islam kita yang kurang bernasib baik.. Panjangkan doa kepada mereka...

Jangan lupa, beristiqamah lah dalam beribadah.. Teruskan perjuangan ibadah yang dilakukan sewaktu Ramdhan dan teruskan berjuang sepanjang masa.. InsyaAllah..

Sekian
Wassalamialaikum



p/s: harap blogger Iffah Afeefah dan keluarga terus cekal, dan tabah menghadapi ujian Allah s.w.t. Kami para blogger doakan kesejahteraan kamu.. InsyaAllah.. :]

Banyak Cara Untuk Membantu Mereka

Assalamualaikum

Dua tiga hari nie, dunia blog akan menjadi suram.. Kenapa?? Sebab ada rakan blogger kita yang tidak begitu bernasib baik, terlibat dalam kemalangan jalan raya.. Kereta nya meletop, tapi nasib nya baik kerna sempat lompat keluar dari kereta..

Blogger Iffah Affefah, atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Iffah, kini berada di hospital seremban.. Masih lagi menerima rawatan dan insyaAllah, 4 hari lagi dia boleh kluar wad...


Kalau nak info lebih lanjut bleh la pergi blog Kak Sunah atau Sergent Keroro

Sebenarnya entry ini diterbitkan untuk menyeru semua pembaca untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada Cikgu Iffah.. Tak kira lah, dari segi kewangan mahupun sumbangan doa...

Jikalau mampu, berikan lah sumbangan harta.. Kalau tak, cukuplah sekadar doa yang ikhlas dan kata-kata semangat kepada beliau... InsyaAllah, smua bentuk sumbangan adalah amat berharga..



Macam yang Kak Sunah tulis, walaupun cuma kenal di dunia maya, tapi .ikatan yang terbina sesama kita semua la yang boleh membantu agar Iffah jadi lebih kuat untuk teruskan perjuangan dia melawan rasa sakit dan lemah..


Sekian
Wassalamualaikum


p/s: sedeyh bila baca entry pasal Cikgu Iffah nie.. wuuuu ;(

Friday 26 August 2011

18SG: Ciri-Ciri Orang Yang Aku Benci

Assalamualaikum

Sebelom korang bacaentry nie, aku nak warning awal-awal.. Nie entry aku taip waktu berada dalam keadaan yang super emo... Emosi yang marah dan meluat.. Kat sapa aku takmo citer.. Jadi, sapa-sapa yang turut berada dalam keadaan emo tak stabil tuh, baik jangan baca entry nie.. Takot nanti bertambah emo..



OK.. Benci nie bukan nya bleh wuud secara tetiber, ia nya perlukan tenaga pekerja yang ramai yang sanggup pergi dari rumah ke rumah untuk bertemu penghuninya dan bertanyakan soklan2 upsr.. EHhhh.. Silapp.. Itu BANCI, bukannya BENCI.. Cettttt

Benci nie aku rasa bleh hadir bila rasa meluat itu dicampur dengan rasa amarah yang teramat.. Betol tak?? Entah ler, malas nak bukak kamus untuk cari definisi yang betol... Bukan nak jawab soklan SPM pun kan..


Apa kriteria orang-orang yang akan dibenci aku?? Erkkk.. Ko artisss ker nak benci-benci orang?? Lantak la kan.. Hehehe..

1. Orang yang tak menjalaskan tugas sebagai Khalifah Islam
-Ini untuk penganut agama Islam jer ek.. Apa tugas kita?? amr makruf nahi munkar.. Buat apa yang Allah perintah, tinggal apa yang Allah larang.. Senang jer,, Kalau takleh nak buat, pegi mampos.. Gali lobang tanam mayat sendiri.. Cettt


2. Orang yang tak reti nak hormat orang lain
-tak kira la hang orang muda ka, orang tua ka, semangat nak hormat orang lain tuh mesti mau ada.. Paling kurang lemparkan senyuman bila tengok orang... Ini tak, waktu tengok pompuan seksi seksa baru nak tersengih macam kambing.. Kita hormat orang, orang hormat kita.. Senang.. Tak susah pon


3. Orang yang suka mengeluh

-aku memang hangit kalau jumpa orang yang suka mengeluh 24/7 *bukan MAX247 yer*... Kalau benda dah nak jadi, jadi jugak... Kalau benda tuh dah tak boleh nak ubah, toksah la dok mengeluh.. Redha ja.. Kalau over-mengeluh, silap-silap kita bleh dikategorikan sebagai orang yang melawan takdir Allah.. Ingat tu..


4. Orng yang suka marah lebih-lebih
- contoh: Si Ibu marah kan anak nya sebab tak basuh pinggan lepas makan.. Patutnya marah lah sebab tak basuh pinggan ja, ini tidak.. Melarat sampai suma benda dalam umah tuh tak kena, tengok tv tak boleh, lampu luar tak bukak, cadar bilik tak basuh, kain tak lipat.. Habis satu umah tunggang langgang.. Apa jadah..Itu ukannya amarah, itu giler namanya.. "Be specific, focus on on thing at a time, then everything will be fine"..


5. Orang yang over-ego
-pernah jumpa orang yang camnie?? Aku pun taktau nak olah camna.. Korang pikir la sendiri yer..


6. Orang yang tak reti nak jaga perasaan orang lain
- ini ada kaitan dengan yang no 3 la kan.. Kalau orang dah cuba buat sesuatu dengan terbaik, kalau korang tak puas ati jugak, pegi mampos.. Cuba la selami jiwa dia sama, ini tak.. Kira nak komplen jer memanjang.. Silap ari bulan, kena flying kick.. Cett



Hah.. Aku list-down 6 ja lah.. Ada banyak lagi, tapi aku dah malas.. Bila malas bercampur ngan kemarahan , memang susah nak buat kerja.. So, aku nak chill dulu.. Download anime 2 3 episode, tengok puas-puas, main dota satu round, baring baring, bermonolog, cakap ngan dinding, cakap ngan jiwa.. Hahaha.. InsyaAllah sbelom sahur aku cooldown..



Marah tak bleh lama-lama, dan juga jangan lepaskan kemarahan tuh kat orang yang tak berkenaan yer.. Cari la cara untuk memadamkan kemarahan anda.. InsyaAllah, hidup akan lebih happy dan ceria.. Macam aku.. Hahahaha..


Jom, aku nak balik umah dah.. Nie aku tulis waktu kat kampung.. Jumpa dalam dua jam lagi yer...

Sekian
Wassalamualaikum



p/s: sila komen banyak-banyak untuk membuat kan hariku bertambah ceria.. :D





Thursday 25 August 2011

Desktop Gua

Assalamualaikum dan helo

Dulu waktu gua baru kenal ini komputer, gua memang noob.. Noob habis..
Gua first pakai komputer adalah pada 2002, iaitu bila gua umur 12 tahun... Ayah gua angkat satu, second hand punya, beli dari bapak sedara gua...

Ok.. Straight to the point ,aku punya tahap ke-noob-an tuh sampai aku tak reti nak sebut term-term komputer nie... Gua tak reti sebut undo dengan betul, gua akan sebut oooondooo (baca:undur) .. Gua jugak noob sebab pronoun desktop tuh sebagai deskop... perghhh malu siot... Nasib la aku sedar cepat, thanks to kawan-kawan sekolah aku... :D

Sebenarnya, aku nak tunjuk gambar wallpaper desktop aku ja sebab sarjan keroro ajak join sekaki dia punya WW... So, tengok lah... Ramai jugak yang dah wat entry yang sama, tapi nampak sangat dah kemaskan desktop tu kan.. Haha.. Tersusun rapi jer desktop diorang.. Wallpaper pun lawa-lawa... Hahaha..

Kyo Kusanagi Klon
Klik untuk lebih jelass


Hah.. Semak kan.. Nie tak edit punya woo.. Original.. Hahaha..

Banyak gila folder.. Suma tuh folder untuk benda-benda yang aku download la.. Aku kan gila mendownload.. Hehehe...

Sekian
Wassalamualaikum

Wednesday 24 August 2011

Wordless Wednesday # 8




Hari rabu kita layan gamba jer la ek.. =D
Sila tengok gambar kat bawah
Chumel kan?? Whahaha


**
**
**
**
**
**









p/s: yang baru masih dalam pembikinan.. 40% dah siap.. wohoooo

Tuesday 23 August 2011

Video Promo DoTa 2

Assalamualaikum

DoTa  2 dah kluar.. Korang tau tak?? Hehehe.. Nah tengok sikit video promo Dota 2.. Best wooo..


Segmen Hira: Aku Reti Memasak, Kau Reti?

Assalamualaikum

Alamak.. Hari nie memang aku terlebeyh sebok lah sampai nak join segmen Hira nie pun lambat.. Dia kata tutup bila dah 50 orang join segmen.. Aku tengok komen dah 63.. Erkkk.. Lantak lah.. Hehehhe
Aku nak buat gak, sebab tuan rumah dah ajak kan...

Maap la Miss Hira, lambat bebenor.. Harap-harap terima la yer.. :D

Ok nak tengok segmen apa, klik banner...




Segemen nie memerlukan aku untuk bercerita apa yang aku terer memasak..
Ermmmm..

Sebagai seorang lelaki sejati, aku rasa benda yang paling aku expert memasak adalah telor goreng... Tapi bukan telor goreng biasa la.. Hehhe.. Slalu orang campur mayonis kan, nak jadikan telor goreng lebih gebu dah tebal.. Tapi aku campur kan telor dan madu.. Gila ganas kan.. Hahaha.. Sedap weyh.. Manis manis ja bila makan... tapi aku tak galakkan untuk makan slalu, takut kena kencing manis... Sebulan sekali tu orait la yer.. :D

Yang kedua, aku reti masak nasi goreng paprik.. Biasa jer.. Tak da la sedap mana.. Tapi dah lama tak buat.. Ermm.. Munkin sebab dok umah empat bulan, emak jer yang dok masak...

Tu jer la kot.. Aku nie tak der la expert mana memasak nie, kalau tengok citer memasak kat Tv expert la.. Hahaha..

Adios
Wassalamualaikum


Monday 22 August 2011

Bila Diriku Terasa Seperti Retiss

Assalamualaikum


Hah?? Sapa retiss?? Perghhh.. Tajuk tak bleh blah... Masuk lif tekan tingkat atas tol (masuk bakul angkat sendiri)... Hehehhe



Harinie memang sibuk.. Selalunya,  kalau orang komen kat blog, aku akan cepat-cepat balas, tanda kemesraan ku dengan pengunjung blog aku... Tapi harinie, begitu sikit yang aku dah balas... Maap la kalau sapa-sapa ada komen dan tunggu jawapan balasnya*macam la ada.. hehehe.. Tengah malam sikit nanti aku balas ek.. Tungguuu..

Nak tau apasala aku sibuk?? Takmo.. Takper, aku bagitau jugak.. korang baca la dengan kebertan hati 1000kg tuh.. Hehehehe..
Ada 3 sebab kenapa aku begitu sibok harinie..


1. Aku baru download photoshop cs5
wahahaha.. akhirna, aku berjaya mendownload habis sopware CS5 itu.. yeah.. Abis pagi aku, 4 jam download, 1.1G sumanya.. Adeiii.. Pastu cari plak tutorial cmna nak warnakan sketching.. Dah bole sikit2.. Hehe.. Nanti baki 4 artwork tuh maybe fully coloured, MAYBE...


2. Aku autopublishkan dua post arini
Hah.. Dah baca blom dua post tuh?? Sapa nak kad raya bleh la bagi details kat email aku ek..Cepat.. lagi 5 org diperlukan.. :D
Ramai gak orang komen kat dua post nie.. ~~


3. Aku baru bli model gundam plastik kit baru
Hahaha.. Masa petang ku habis digunapakai untuk menyiapkan satu model tuh.. Nak tengok tak gambar model baru aku tuh?? Ala.. tengok la.. Please please.. :p




Amacam??? Semak tak?? ehhehe... Dah lama aku mengidam nie, baru tadi beli... Hehehehe




Sekian, entry pendek dari diri yang begitu kerdil..
Wassalamualaikum



p/s: hujan lebat wooo... Nak kena nek keta ker pegi surau... Oh please no.. :D


 

Sapa Nak Kad Raya ??

Assalamualaikum

Entry yang simple mimple ja nie.. Sapa nak kad raya, meh bagi Nama ngan Alamat umah serta url blog korang.. antar kat email aku bley? dzariefzuhdi90@gmail.com .. Tarok title email tuh: " kad raya satu "

Okey kan.. Senang jer..
Gua nak bagi kat 10 orang yang terawal jer, sebelom tengah malam nie.. Sebab, esok gua nak pos dah, tunggu nak tulis alamat ja nie.. SO, cepat2 yer..



Yang tak malu dan yang tak segan tuh, memang dialukan yer..  Hehehe.. ;p



p/s: gua dah dapat 2 kad raya dari 2 blogger.. Korang ada? Nanti nak buat entry lah... Hehehe..


KAD RAYA GUA UNTUK LU

Assalamualaikum

Gua nak join segmen Cik Aish plak..Jom2 join sekaki.. Klik gambo PP Epal (BF Cik Aish) kt bawah.. hehe




Hah nak tengok kad raya aku? Penat woo buat.. Seminggu baru siap.. Hehe..
padahal tak der la lawa mana pun.. ;b

Nah, untuk semoa bloggers dan readers yang datang singgah blog aku ie.. Selamat Hari raya Aidilfitri.. Maap batin dan zahir yer.. Im sorry... mAap maap.. Kalau ada silap mana-mana, gurau kasaq ka, tulisan yang mengguriskan hati ker, betol-betol mintak maap yer.. Serius nie..Hehehe

**
**
**

Klik la kalau nak tengoq besar punyer.. :D




Aku tujukan kad raya nie khas untuk mereka:



p/s: harap semua happy time raya nie yer.. :D
p/s: jangan lupa, istiqamah la dalam ibadah.. InsyaAllah..



Art-Work #1


Whaha.. OK.. Power Ranger Silver bagi salam, sila jawab yer.. Hehe

Seperti yang dijanjikan, aku nak publishkan lukisan aku tengah malam nie..
Maaf la yer kalau korang rasa tak lawa, huduh mahupun menakutkan.. Sebab mengikut kemampuan yang ada pada aku sekarang, lukisan macam nie jer la yang paling baik aku boleh hasilkan.. HEhehehe

Lukisan nie aku buat khas untuk dua bloggers yang saling bermusuhan.. Hah.. Nak tau kenapa depa bermusuh, tanyalah diorang..
Layan gambar jap ek.. :D







Hah.. Apamacam?? Segala tomahan dan komen membina adalah amat dialu-alukan.. Semua yang dah pro lukis, meh la komen sikit.. Hehehe

yang gambaq atas tuh, untuk Nad Si hantu itik, dan yang bawah plak Untuk typo Queen si Fatin.. Hahaha..

Maafla sebab aku tak kaler habis satu ketas.. Sebab?? Aku kalau melukis memang agak pandai la, tapi kalau bab mewarna memang hancos.. Penah sekali aku punya subjek Seni kat sekolah fail, sebab aku kaler tak lawa.. Damnnn...

Kalau korang nak yang warna punya, tunggu aku blaja photoshp.. hehehe.. Memang lama la kena tunggu.. Whahaha

Sekian saja untuk edisi Art-work kali nie.. Ada lagi 4 artwork, insyaAllah....

Wassalamualaikum


p/s: klik untuk pembesaran yang extream.. Siyes


Sunday 21 August 2011

New Experiment: Mintak Tolong Boleh ??

Assalamualaikum

Harinie, gua ada buat satu benda baru kat blog gua.. Selain dari header yang baru (lawa tak? ), gua juga ada letak comment box yang sama style cam FB nyer.. Ada kat bawah entry nie.. Tengok ler.. Hehe

Trimas kepada Miss Jue & Miss Hanie sebab kongsikan tutorial nie..

Tapi, gua letak nie munkin tak permenant.. Sebab gua nak test dulu maa.. Tengok kalau benda nie ok ke tak.. Kalau tak brapa nak ok, gua  tukar balik jadi macam yang biasa..

So, mintak tolong semua pengunjung blog.. Tolong kasi komen2 membina kat FB comment box tuh, kalau sudi la yer..  Kalau nak komen cara biasa pun, tak kesah.. Tiada paksaan dalam agama, dan juga tiada paksaan dalam benda nie.. Hehe

Sekadar experiment simple jer.. :D

Jom terjah blog depa.. Penulis blog duo.. Style beb.. Hehe.. Jentik header(kepala) diorang..
Hehehe.. (^^)



Sekian
Wassalamualaikum



p/s: tunggu kemunculan sketching gua malam nie.. Nad dan Fatin.. Tunggu tengah malam tau.. Hehe


Detective Conan 2011

Assalamualaikum

Dalam entry Anime Pecah Punggung, aku ada tulis yang drama siri Conan yang terbaru dah tuka hero nya.. Ini yang real-life action yer.. Sila jangan ter-konpius dengan yang anime punya..


Okey.. Sila bandingkan dua gambar yang ada kat bawah nie.. Yang atas, drama yang latest (2011), yang bawah plak movie yang lama (2006)


hero baru: penah belakon dalam garo

hero lama: penah belakon dalam hanakimi




Dalam kedua-dua siri, Conan Edogawa masih belom wujud..Yang ada cuma lah Shinichi Kudo, aweknya Ran Kogoro, dan Detective Mouri..  Nampak tak, hero nya dah bertukar.. Malah, watak Ran juga dilakonkan oleh pelakon wanita lain*skemanyer ayat*.. Yang sama cuma lah, Detective Mouri.. whahaha


Okey.. Pada 2010 pun ada movie jugak.. Movie nie, sama dengan salah satu episode anime/manga Detective Conan.. Jadi, watak Conan dan Haibara serta Professor memang ada..


cute plak.. haha


Haha.. Korang dah tengok belom?? Nak tengok, pandai-pandai la download yer.. Kalau nak senang download, pergi ker dramacrazy.net ataupun syok.org... Tapi kena ada software Internet Download Manager la yer..Kalau tak, sosah sikit nak download.. Hehe..


OKey, sebelom aku membunuh korang dengan entry yang sumpah bosan nie, nak tanya satu soklan.. Mana lagi korang prefer? Ran yang lama atau Ran yang baru.. Jawab kat komen tau.. Hehehehe


yang baru




yang lama


Sekian
wassalamualaikum


p/s; aku lagi suka yang lama.. Kawaiiii.. Hehe

Friday 19 August 2011

Sneak Peak: Art-Work

Assalamualaikum

Semenjak aku berkecimpung dalam arena bola sepak blogging Malaysia nie, banyak jenis blogger yang aku jumpa.. Ada yang suka Sembang Kemas, ada yang macam Alien, suka Typo, dan juga yang macam Hantu Itik..
Depa nie banyak tolong aku lam dunia blogging nie, sejak dari awal kewujudan blog nie lagi.. Slalu datang singgah, komen, mesra-mesra.. Ada jugak yang sanngup buatkan dodol doodle senget untuk aku.. 



Taouching beb.. SO, as my token of appreciation( sebagai penghargaan), aku ada la buat artwork sikit, lukisan biasa ja.. Lukis pun pakai tangan, atas ketas A4 Indah Kiat 80gsm... Setakat nie ada 5 artwork yang mewakili 5 blogger yang bleh dikatakan agak rapat dengan aku..Satu lagi masih dalam pembikinan.. Kesemua lima artwork tuh masih dalam proses final touch-up, tunggu aku install scanner jap, InsyaAllah esok aku publish kan artwork tuh.. 

Jadi lam entry nie, aku cuma nak preview la artwork aku tuh.. 

Layan Gamba ek.. Hehe



Yang aku conteng ngan paint tuh, saja ja .. Sebab kalau aku tunjuk, nanti tak suprise.. Tapi aku bagi hint-hint la sikit... Hehe



Yang nie aku punya rough sketching.. Conteng-conteng cari idea.. Lalalala




Itu sajalah.. Real art-work, kambing soon.. Tunggu yer.. Ermmmm.. :D
Agak-agak sapa la yang aku lukis tu ek?? hehehe



p/s: wei.. mai la baca FF aku.. TEKAN SINI.. cepat.. !!

Funny Friday #8

Assalamualaikum

Penah tengok citer Nujum Pak Belalang?  TAk penah?? Ish2.. 
Budak-budak zaman iPad nie, tak blajo sejarah ker??
Dalam citer tuh, ada babak yang dialog nya begini:


______________________________

Nujum Masai: Jika tuan orang bijaksana, marilah menjawab soalan hamba

Pak Belalang: Silakan, Nujum Masai

Nujum Masai: Apakah yang 1-banyak-banyak,  2-sikit-sikit,  3-kadang-kadang,  dan  4-jarang-jarang ??

Pak Belalang: Itu senang saja .. Jawapan nya adalah TARAWIH

Nujum Masai: Jelaskann..

Pak Belalang: "1-Banyak-banyak" bermaksud minggu pertama banyak sungguh orang datang tarawih di masjid,  "2-Sikit-sikit" bermaksud minngu kedua sudah sedikit orang yang datang berterawih,  "3-kadang-kadang" bermaksud pada minggu ke3 kadang-kadang aja orang datang tarawih, dan "4-jarang-jarang" bermaksud pada minggu ke-4 jarang-jarang jumpa orang datang tarawih di masjid..

Raja: Ah, apa betul Nujum Masai?

Nujum Masai: Betoolll.. -.-"


____________________________________


Haha.. Ok aku amik nie dari post membe aku di FB..  Thank U Imam Muda Hasrol.. Whaha
Lawak ker?? Err.. Amik iktibar yer.. Ibadah nie kena la istiqamah, baru cun melecun.. 
Jangan renungkan ajer, amalkan la skali yer.. :p

Sekian 

Wassalamualaikum

Sembang-Sembang :Arsene dan Cesc

Assalamualikum

Cesc Fabregas.. Seorang bekas pemain Arsenal yang kini telah pun berhijrah ke Barceleona dengan yuran perpindahan sebanyak 35juta Euro.. Masuk kali nie, dah 3 pemai arsenal yang Barca kebas, Hleb, Henry dan Fabregas.. Damnnn you barca..



Sbelom Fabregas blah, dia ada sembang-sembang sikit ngan Arsene Wenger.. Nak ucapkan kata-kata perpisahan la konon.. Meh layan apa yang depa sembang..


________________________________


Cesc: yo arsene.. selamat petang.. sebok ker??
Arsene: yo.. x sebok pun.. ngah men fesbuk.. ada aper jer??

Cesc: haha.. ngorat awek ker?? hehe..    x der.. Gua mai nie nak ucap gudbye la kat lu.. Esok gua dah nak belah, nak fly pegi Spain..
Arsene: oi.. apa nie gudbye gudbye nie.. Ingat aku nie gay ka.. ish.. Geli ngat aih.. 

Cesc: Erk.. macam tu plak lu ek.. Gua siyes nie.. 
Asene: yer la. Gudbye ler.. Smoga hg cepat2 la dapat men kat barca.. Jangan jadi macam Hleb ngan Henry sudah.. Tenggelam tak timbul-timbul

Cesc: Ermmm.. Yer la..     Yo arsene.. Gua nak tanya la.. Lu sedeyh tak gua nak blah nie?? Yer la, lu pungut gua waktu umur gua 15 tahun, PMR pun habis gih, train gua sampai jadi hebat camnie.. Lu sedeyh tak??
Arsene: Nak sedeyh buat haper.. Buang masa ja.. Aku dapat 35juta tau dak hasil dari jual kau.. Untung 2 kali ganda beb.. Dengan duit tuh, aku ble bli 2 pemain muda yang terer, train depa bagi jadi lagi terer dari kau.. Huhh

Cesc: =.="... Perghh.. Sanggop lu ek.. Senang-senang nak tuka ganti gua.. Gua tacing arr camnie.. Wuuu
Arsene: Ble plak buat gedik sini. Kau yang nak sangat pegi Barca tu.. Pergi ja la.. Adeii

Cesc: yer la.. sob sob....   Tak dak kata-kata akhir nak bagi ka kat gua??
Arsene: Ermmm.. Hah! Nak tanya, umah kau kat London nak bagi sapa?? Kalau nak, aku ble jagakan.. Ble aku jadikan rumah untuk buat parti ker , function ker, majlis ker.. Amacam.??.

Cesc: Ler.. Aku ingat lu nak ucap kata-kata akhir yang sedey.. Adeii.. Umah tu gua bagi makcik gua.. Dia nak pindah minggu depan.. Dammnn
Arsene: Damnn.. Terlepas.. Rugi tak mintak awal-awal..

Cesc: Dah la.. Gua nak blah arr.. Macam aper ja cakap ngan lu.. Tak sensitip lansung.. Benci.. Cao la
Arsene: Hah.. Elok la tuh.. Jangan lupa tutup pintu bila kluar nanti..     Owh.. Add gua kat fesbuk tau.. Nanti bley chatting..

Cesc: Errrrkk.. =.='...Yer la.. Esok gua add lu.. Adios
Arsene: Haha.. Adios.. Owh !!. Satu gih.. Nanti raya mai la umah.. Jangan lupa bawak buah tangan  dan duit raya untuk anak-anak aku.. Haha

Cesc: Errkk -.-'


TAMAT
______________________________


Haha.. Amacam??
X penah terjadi pon perbualan nie.. Rekaan Semata-mata

Sekian
Maaf la yer kalau benci ngan aku punya karutan
wassalamualaikum




p/s: dengaq kabo David Villa ada hina Islam time lawan Real, OZil naik hangin.. betol ker??

Thursday 18 August 2011

Clash of the Bloggers' Fantasy Team

Assalamualaikum

Jom sapa-sapa minat bola mai join ini league.. League under the tanag punya nie.. Whahaha

Klik banner untuk ke pautan asal.. :D



Jom la lawan.. Tu pun kalau korang ada bran la.. Tak kesah la laki ker pompuan ker.. Ayuhh

Aku punya team feveret sejak aku dapat astro kat umah, sampai la ke detik ini, adalah Arsenal FC

Nama team yang aku register plak adalah Power Rangers FC

Hehehe





p/s: sapa menang league dapat hadiah wooo.. Jom join :D

Spontaneous Thursday # 6

Assalamualaikum


Save them


"Bangun lah saudara seIslam ku, banyak saudara-saudara mu sudah hilang arah, hilang panduan.. 
Bangunlah.. Jangan lah kamu menyisihkan mereka, walhal bimbinglah mereka, kembali semula ke cahaya"





p/s:  Sekarang banyak berita pasal kes murtad, dan semalam tengok video kat BA, pasal dinner thanksgiving kristian yang dihadiri org Islam yang membuat pengakuan murtad secara terbuak.. Nauzubillah..

p/s: mood: takut dAn sedeyh :(

Spontaneous Thursday # 5

Assalamualaikum

Kespontanan aku tiba bila hari khamis tiba.. Jadi, apakah kespontanan aku kali nie??




"Islam itu mudah, tapi jangan sesekali
ambik mudah"




Renung-renugkan, dan selamat bertemenung sambil makan ikan temenung goreng 
cecah sos cili jalen.. Hehe.. 
Owh lupa.. Selamat beramal..
Sedap nyer... :P

Sekian
Wassalamualaikum

Wednesday 17 August 2011

Wordless Wednesday # 8

Assalamualaikum




p/s: kesian membe aku nie.. ish2..

Tuesday 16 August 2011

Anime Pecah Kepala & Punggung

Assalamualaikum

Hari nie gua ada post satu kebenaran pasal diri gua, yang gua nie suka tengok power rangers.. Maybe rakan-rakan fb tau la, sebab profile pic gua memang gambo power rangers hijau.. Gua tanya, normal ka kalau gua still tengok power angers taktala umur gua dah 21, dan ramai jawab YES.. Perfectly normal, dan mereka juga suka tengok kartun, generally..

So, sini aku nak kongsi sikit anime yang aku layan, yang boleh membuatkan orang yang tengok tuh lebih matang secara tak lansung.. Kenapa? Sebab kalau tengok anime-anime nie, konferm pecah kepala & punggung..

Kenapa pecah kepala? Kenapa pecah punggung? Nanti aku habaq naa.. Stay tuned..

Ok, aku list kan kat bawah.. Siap bergambar lagi..

1. Code Geass: Lelouch of Rebellion

Top class anime.. Tak rugi aku bli DVD original.. Nasib dapat diskaun dari kedai tu sebab gua nie pelanggan setia.. Anime penuh aksi, konterversi, cintan cintun sikit, dan paling penting sklai, anime yang memcahkan kepala.. Cerita dia memang kompleks, banyak pusing-pusing,susah nak paham dan extremly super cool.. Whahaha



2. Detective Conan

Gua percaya, ramai yang layan anime nie sebab selalu tayang kat tv3 time cuti skolah.. Hari sabtu ngan ahad pun ada.. Walaupun slalu nya penonton ble selesai kes tuh lagi laju dari Conan, tapi selalunya nak jugak tengok sampai habis.. Nak jugak tengok aksi Muri tertidor kan.. Hahaha.. Memang kadang-kadang pecah kepala memikirkan kelogikan cara pembunuhan itu.. Korang ada terpikir tak tentang kelogikan yang setiap pembunuhan berlaku bila conan atau mouri ada.. ermm.. Memang pecah kepala.. Whahaha



3. Stein's Gate

Anime yang paling latest aku layan.. Still on going.. Penuh suspen dan tragedi.. Mad Scientist, Houhin Kyouma, watak hero, dah jumpa cara nak time travel.. haha.. Macam biasa, ada kaitan dengan time paradoks .. Yang membuatkan aku pecah kepala adalah mengenai sains yang digunakan untuk time travel tuh dan semua teori-teori gila mengenai time travel.. Whahaha










Ok.. Aku bagi tiga ja lah.. Bukan korang nak baca pun kan.. Mesti skip sampai konklusi nya.. tak pun komen tros.. hahaha..

Owh lupa lak..Sebab pecah kepala kerana bila tengok anime nie, kena banyak berpikir..Tak da la pasif sangat bila tengok katun kan..

Sebab pecah punggung?? Aku slalu tengok anime/movie sambil duduk atas lantai mozek bilik ku yang sejuk.. Wuuu.. Bila duduk lama-lama, memang boley retak tulang punggung aku.. Hahaha.. So sedikit nasihat, jangan layan anime sambil duduk atas lantai.. Duduk lah atas katil yang tak keras macam katil aku, agar mendapat kenikmatan melayan anime yang sebanar.. Whahaha

Nak tau mana aku download smua anime nie? Tanya la.. Kalau ramai tanya, insyaAllah aku koba.. Siap buat tutorial lagi, munkin.. ermmm


p/s: drama siri jepun Detective Conan baru dah kluar.. Watak hero dah tuka, tapi Ran masih sama.. weeee

Truth of Tuesday # 3

Assalamualaikum


Saya berumur 21 tahun, tapi masih lagi tengok 
cerita Power Rangers dan Ultraman.. 
Erk.. Normal kah saya?



Monday 15 August 2011

Demam Doodle..Aku Pun Ada Doodle Gak !!

Assalamualaikum

Sapa sini yang demam?? Nak tau cara aling mujarab untuk hilangkan demam?
Mengambil tips terhebat dari Nurse X-treme, cara yang paling cepat nak hilangkan demam adalah dengan makan panadol, minum air badak, pastu tido paling kurang 6 jam.. Esok bangun insyaAllah sehat.. Yang demam denggi ker, demam malaria ker, demam cinta ker, memang tak bleh nak sehat la kalau makan panadol jer.. Pegi la jumpa doktor..

Ok.. Dah melalut intro tadi.. Nie nak crita la kan, sok sek sok sek.... Oi !!.. Ingat aku ajak bergosipp ker haper.. Dosa tau bergosip.. Hehe

Kembali normal+serius..

Aku pasti yang korang pun pasti, yang aku dan korang tau pasal demam doodle yang melanda negara Malaysia skrang nie, lebih-lebih lagi dunia blogging nie.. Selalu jer nampak doodle bertempek kat entry-entry.. Siap ada doodle trading lagi.. Mantap seyh.. Suka-suka.. Aku pun nak doodle gak.. Tak dak orang nak bagi ka??

Nie dikira doodle ker?? Ermm.. Chibi Gaara.. Kawaiii


Sebenarnya aku dah ada dah satu doodle, ada la satu blogger nie, dia bagi kat aku.. Baik sungguh dia.. Memang ter-Queckk(terbaik) lah.. Aku rasa, karya dia memang berada pada tahap yang palaing tinggi,tahap ketua rumah sukan gitu.. Aku rasa kalau Picasso hidup lagi nie, memang dia respect habis sama ini blogger.. Siyes, menarik gila doodle yang dia bagi kat aku.. Hampir menangis aku tengok.. Kesenian doodle nie memang tak ble disangkal lagi lah, penuh dengan nilai artistik moden dan klasik..

Nak tengok??  Ada kat bawah..Tapi jangan curi tau.. Itu doodle khas untuk aku jer..Kalau nak aku jual, Rm 15.000... Murah sikit berbanding gambar Picasso..Nak, PM aku.. Search kat FB ok.. Hahahha..

Nie la doodle aku
**
**
**
**
**
**

Wah.. Amcam?? Menarik kan?? Memang patut pun aku letak harga rm15riban tuh.. Haha
Thank Nanad Si Itik Kuning Yang Jual Murtabak Kat Tg Malim.. Haha


Sekian.. Kemerapuan terserlah..
wassalamualaikum


p/s: ada yang nak bli ker?.. harga ble runding..
untung kita kongsi sama-sama yer Nad..haha

p/s: aku tak reti nak ber-doodle nie.. 
kalau lukis tangan, manual drawing punya reti la

Sunday 14 August 2011

Wenger: 'We will learn from this today'


 Assalamualaikum
Jom layan apa yang aku ngan Wenger sembang lepas match semalam..
Keputusan akhir:  Newcastle 0-0 Arsenal


 
 **LEGEND**

  • Aku tanya:  ___
  • Arsene Wenger jawab:____


on what he thought of Gervinho’s red card..
I think I saw two yellows or two reds but not one yellow and one red.

on Joey Barton’s involvement in the incident…
There is a link between the incident [and Diaby’s sending off last season]. He got away with a yellow card both years.

on whether Gervinho should have had a penalty…
I don’t know.  I wasn’t close enough to see it so we will have to watch it again.

on Arsenal’s performance…
I thought we had a solid performance and were in control. Newcastle had last season’s 4-4 more in their mind than we did. They organised not to concede goals, defended well and it was very difficult for us because we played a team who was highly focused to defend. We missed something, the regret is that we missed something in the final third and in the speed of our passing. But, overall, we had a good performance. I can’t remember giving Newcastle a chance at goal and, away from home, you have to give credit to our team for that.

on the reaction of his players…
We try to play football and, if you watched today, you will see that. Overall, I feel we have been very harshly punished today. We try to play and sometimes we overreact. We have to take control of that. If we have an area to improve on, then that is it. We will learn from that today.

on the performance of Koscielny and Vermaelen…
If we had conceded a goal I would have been bombarded with questions about why I don’t buy a centre back! They have to take credit.

on whether he will do any more business in the transfer market…
I am not against spending money if the players we buy can improve our squad. We have a big squad and if some players leave we will try to bring players in. We request top quality and we are not scared to spend money.

on the fans’ relationship with the players…
It is important that there is a love between the fans and the players. The players today have shown a commitment that deserves the support of the fans.

on Nasri, Fabregas’ situations…
We are, on both fronts, in no-mans land. At the moment, they are players of Arsenal Football Club.

on whether there has been an approach from Manchester City for Nasri…
I wouldn’t like to comment on that. We will keep you informed.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More