LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 7 December 2011

Wordless Wednesday Ker??

Tuesday 22 November 2011

Terima Kasih Johor

Assalamuaaikum dan Hello..

 Lama tak menjenguk dunia blog nie.. adeiiii.. Pemalas sangat aku nie..
Bloglisters aku pun dah lama tak diterjah.. Sori guys... :(

Entry kali nie, aku just nak ucapkan

"RIBUAN TERIMA KASIH"
kat kerajaan negeri Johor kerana sanggup membuat satu cuiti khas untuk menyambut hari kelahiran member aku, Brad Apitt dan juga penulis blog Freak Show..

Dan aku sebagai seorang yang akan teus bermaustatin di Johor selama setahun setengah lagi, amatlah bersyukur kerana dapat rileks pada setiap 22 November setiap tahun.. Alhamdulillah...

Sekian, entry karut + merapu + cari maut dari aku..
Adios

Wassalamualaikum


p/s: selamat meyambut hari keputeraan bagi Sultan Johor.

Saturday 12 November 2011

Human Traficking

Assalamualaikum wbt
Hello boys and girls

Say "no" to traficking
_Say "no" to traficking_


Tadi baru ja lepas baca entry Akak Sunah.. Pasal movie yang dia baru tengok dan juga tentang paranoid..Dalam entry tu kak Sunah juga ada sebut pasal human TRAFICKING.. Apa benda nie??

Opps.. Bebudak Civil Engineering tahun 3 jangan dok wat lawak pulak ek.. Nie bukan pasal subjek trafik dengan En Ros ek.. harap maklum..

Sebenarnya minggu lepas aku dah jumpa perkataan nie.. Waktu aku tengok video klip Click 5 yang paling latest.. Meh layan sama-sama,...



Inspiring and it really open my eyes.. Memang betol.. Dah kronik dah masalah nie.. Walaupun aku duduk kat dalam Universiti nie macam katak bawah tempurung, benda apa pun taktau pasal dunia luar, tapi sekurang-kurangnya melalui internet bleh la tau sikit-sikit..

Jadi, apakah itu human traficking??
Nie aku copy paste dari Wikiwiki: Human trafficking is the illegal trade of human beings for the purposes of reproductive slavery, commercial sexual exploitation, forced labor, or a modern-day form of slavery.

Terjemahannya: Culik orang untuk tujuan penghambaan moden, ie hamba seks, buruh paksaan... 


Paham...?? Terok kan...
Apa la nak jadi dengan dunia nie.. Seriously, the end of the world is very close...


So, untuk laki-laki kat luar sana, dengarlah kata-kata si penyanyi Click Five tuh.. PROTECT the girls.. Jangan dok buat gila pi hambakan depa.. Wanita memerlukan kita untuk melindungi mereka.. Be a hero..


Renung-renungkan, dan selamat beramal..
Adios
Wassalamualaikum


p/s: sorry for the mixing of language..

Wednesday 9 November 2011

Permainan Minda Kanak Kanak DHL

Assalamualaikum dan Hai uolls

Seronok raya?? Best sembelih lembu @ kambing? Sedap ker sup tulang, daging bakar ngan rendang tuh??
Untungla korang bleh merasa semua tuh... Aku, merempat kat UTM.. Sebab?? Malas nak balik.. Terbaik punya alasan.. Simple, pendek dan memang tak boleh nak disangkal..

Budget harian aku selama seminggu cuti nie adalah untuk menyiapkkan semua asignment yang ditanguh dahulu.. BUDGET nyer jer.. Buat nya tak pon.. Hampeh..

Okeyh.. Aku memang pemalas.. Mood cuti -vs- Mood buat asaiment.. Agak-agak sapa la menang.. ??
Alasan jer semua tuh.. Minda kanak-kanak saja yang beroperasi macam tuh..




"esok la aku start buat".. Pembohongan yang sering didengari oleh sanubari aku.. Ermmmm..
Bila la aku nak sedaq nie.. Adeiii

Esok insyaAllah..

Sekian
Adios

Monday 31 October 2011

Lagu Tema Blog Aku.. Korang Ada??

Assalamualaikum dan Hello

Blog aku ada lagu tema.. Korang ader??? 

Scary.. tapi siyes, muka aku comel dan innocent.. ;p


Layanzz..



FreAk Freak  FreaK ShoW... Wahaaaaahahahaha
Memang sesuai kan lagu nie ngan blog aku... Thanks a lot popshuvit... U rock paper scissors la... haha


Wassalam

p/s: meh la kongsi sama ngan aku lagu tema blog korang.. Jom

Sunday 30 October 2011

Lagi ArtWork: Jue and Hanie

Assalamualaikum dan Hello

First and foremost, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kat member-member bloggers yang datang mengutuk blog aku semalam.. Ishhh.. Bukan mengutuk la.. Kritikan membina la kan... Hehehahe.. Alah, pasal wajah baru blog aku nie.. Arikato kozaimas....

As promise, today aku nak tayangkan gambar yang aku lukis pakai tangan sendiri, bukan nya tangan member, mahupun angan robot.. 100% tangan sendiri..

Sebenarnya, dah lama janji ngan seorang blogger nie, yang nak lukiskan artwork untuk diorang... Dan masa pembikinan nya pun agak lama sebab nak cari references dan style yang sesuai.. Disebabkan blog nie ada dua penulis, so munkin agak susah la kan..

Nak terjah klik kat header bawah sini orait...





Okeyh.. Main topic.. Jue ada request, nak gambar dia ngah main game, dan untuk Hanie nak gambar tengah layn K-Drama.. Aku pun lukislah.. Tapi tak dalam satu ketas.. So aku wat lukisan ketiga, tapi nie guna imiginasi aku sendiri..  Aku lukis diorang tengah COSPLAYing.. Hahaha.. Kira nie gambar diorang dalam Kawaii version la (cute version)...

Okeyh Layan gambar lu.. Lalalala

Bersinar-sinar jer matanya tengok K-Drama ek.. Haha


Jue ngah main game sampai jadi super saiya... Siyes semangat.. ;p

Jue ngan Hanie ber-cosplay (Kawaii version)

Amacam?? Ok ke tak?? Kritikan please.. Hehe

Sapa nak lagi?? Meh habaq kat cek naa..

Sekian dulu.
Wassalamualaikum


p/s: komen banyak-banyak tau.. hahahaha..;p


Saturday 29 October 2011

Amacam?? Ok Ker??

Assalamualaikum dan Hello Mello..

Lama tak update.. Malas nak tulis panjang-panjang..

Nak tanya.. Amcam template baru aku?? OK tak.?? Loading rate ok??... Kalau lembab bagitau ek.. Aku tak kisah kalau korang nak kutuk ker haper... Aku chillex jer...

So, please komen ok.. :D


p/s: next entry, tommorow.. Pixas of Jue and Hanie.. Wachaaaaa !!

Thursday 13 October 2011

GIVEAWAY BLOG ITIK KUNING

Assalamualaikum

Bulan nie, ada sekor itik akan dituju telur ayan bertubi-tubi.. Apasal?? Itik ngan ayam nie bergaduh ker?? Ermmm.. Bleh bawak isu nie masuk parlimen tak?? haha


X la.. Bulan nie, Blogger Itik Kuning dan Blog nya akan menyambut besday.. So, kalau budak-budak U, mesti lah sambut besday ngan tepung sekilo, air campuran resepi rahsia, dan telur ayam busuk.. baru best kan.. Erkkk.. Yang kaum hawa pun sambut camtuh ker?? Entah la..


Dan, sempena birthday NADIRAH ITIK nie, dia nak wat GipAway.. So aku join jer la.. Hohohoho.. Tak harap menang pon, saja nak menyemakkan komen blog dia.. Siyes kejam.. Biarla.. Lalalala ~~

KLIK gambar itik lam Cawan kalau nak join..


Info pecah rahsia: B'day Nad 18 oktober nie, b'day blog dier 31 oktober.. So sediakan "bahan bahan" untuk buat "kek hari jadi spesel" untuk dia  yer.. Hehehehe

Tuesday 11 October 2011

Demam Pelik Menyerang Malaysia

Assalamualaikum dan Hello


Korang penah kena demam yang pelik-pelik? Contohnya demam ps2, demam digimon, demam dota, ataupun demam tancho.. Pernah???

Googling google


Selalu nya demam jenis nie bermusim dan selalunya akan menjangkiti golongan muda dan juga golongan remaja.. Tapi jangan risau, demam nie tak der lah membahayakan nyawa mahupun rohani, cuma kadangkala boleh membuatkan duit poket lesap dalam sekelip mata.. Hahaha

Okeyh.. Habih dah intro..

Sekarang nie kalau korang perasan la, demam MTB atau Cycling dah mula menyerang Malaysia..
Aku taktau la korang, tapi kalau kat UTM nie memang belambak orang main basikal... Kalau waktu petang tuh, tengah aku syok-syok training tenis, slalu jer ada awek naik basikal lalu ... Ini sememangnya satu gejala yang tak sehat sebab mangganggu konsentrasi aku training tenis.. Adeiii.. Lain la kalau awek tuh ajak aku cycling skali kan... Haahahaha

Jiran bilik aku, merangkap ex-rumate aku taun lepas, pun dah bawak MTB baru dia.. Siap sangkut dalam bilik... Perghhhh.. Memang jeles beb.. Aku pon rasa nak wat satu la, nak mintak tolong abang aku.. Abang aku kerja kat kilang shimano, so barang shimano tuh bleh la dapat murah sikit..

gantung lam bilik tuh... gila dasyat..


Fixie?? Owh noo... Aku memang tak suka main fixie nie... Sebab??  Entah la, lain orang lain pandangan..Aku malas nak tulis, takot nanti orang marah kan aku plak.. Kalau korang main fixie, teruskan lah.. Bukannya berdosa pun kan.. Hahahaha



Sekian lu..
Sayonara amigos
Wassalamualaikum

Sunday 9 October 2011

Blogging = Facebooking :: part 2

Assalamualaikum dan hello

Uhuk-uhuk.. Berhabuk dah..Banyak benor spider-man web nie...  Pe cer perkhidmatan pembersihan power rangers aku nie..Tak buwat keja pembersihan ker??? Makan gaji buta ker?? Hehehehehehe...

Pandai-pandai nak salahkan orang lain plak yer... Sendiri yang malas online.. Adeiiii


Sebelom nie aku dah janji  nak tulis pasal tajuk kat atas tu kan??
Dah tengok part I ?? Kalau belom klik kat SINI... Kalau rajin komen la skit2 yer.. hehehe




Ok nak tanya la korang kan.. Dalam kita ber-facebook tu, apa elemen atau apps yang slalu kita guna atau main??? Taktau ker?? takper aku tolong list kan:

1.   Friends
2.  Chatting
3.  Poking
4.  Messaging
5.  Commenting
6.  Status updating
7.  Hacking... Erk <----- sila abaikan



Okeyh.. Dalam part one, aku rasa aku dah touchdown pasal no 1, 4, 5, dan 6 kan.. So kali nie aku nak sentuh skit pasal  nomboq 2 dan 3..


Waktu ber-muka buku tuh, korang rajin tak berchatting or poking orang ??
Kalau jawapan anda adalah ya, maknanya anda adalah seorang yang sangat lonely dan memerlukan perhatian, serta seorang yang sangat uka menggangu ketenangan hidup orang lain.. HAHAHA

Erk.. Tak lah.. Pikir positif yer.. Kalau korang slalu chatting and poking, maksudnya korang nie seorang yang peramah, mudah mesra, dan juga suka meraptkan ukhwah.. Kan kan..?? hehe

Dalam blogging world, slalunya blogger akan meletakkan widget Shout Box di sisi entry kan?? Fungsi nya adalah untuk meninggalkan jejak / link blog kita.. Tapi aku rasa tuh bukan tujuan sebenarnya kot.. Untuk aku, aku guna untuk berchatting sesama bloggers..

Yer aku tau, bukan nya 24/7 kita berblogging, tapi apa salahnya balas apa blogger lain tulis kan walaupun balasannya lambat.. Bukannya susah pun.. Lantak la kalau depa terbaca ker tidak kan..




Okeyh.. Eleman kedua= POKING.. Apa kemendernya poking nie?? Aku pon tak tau nak crita camna.. Sebab aku pun baru sekali dua mem-poking orang nie.. Yang aku tau, bila aku poking orang tuh, kat notti dia akan kluar pasal aku poking, dan slalu nya akan dibalas dia dengan mem-poking aku smula.. Erk.. Banyak benar poking nya.. Hehehe..

Contoh terbaik bleh aku tulis adalah berkenaan dengan BLOGGER nie, dia slalu poking kat blog aku.. Poking dengan cara tinggalkan jejak kat shoutbox atau commentbox aku.. Tapi bukan dengan cara yang biasa.. Dia akan guna nama samaran yang bleh menarik perhatian aku untuk menjejak kembali dia.. Kalau harinie dia shout pakai nama Lisa Surihani, lusa dia pakai nama Janji2manisMu, minggu depan pakai nama SayaPrasanCute, Miss Anonymous dan sebagainya... Bleh bayangkan tak?? 



Sapa tak kecoh kan kalau Lisa Surihani tinggal jejak kat blog kita kan?? Hehehehe.. So slalu la poking blogger lain.. Tapi AWAS.. Benda nie tak leh nak dibuat main.. Slalu nya buatlah dengan blogger yang betul-betul rapat dengan korang..



Tu jer la kot.. Aku nak olah banyak-banyak pon bukan nya hebat sangat.. Baru setangah tahun berblogging.. Dah la makin malas nak hupdate.. Adeiiii


Esok aku takdak kelas.. Free sepanjang hari.. Jadi malam nie aku nak terjah bloglisters aku, nak blogwalking besar-besaran, nak jana kan semula otak blogging aku yang dah lama tak servis......

Sekian
Sayonnara amigos
Wassalamualaikum

Friday 23 September 2011

Selesai Sudeyh Berpuasa Setahun

Assalamualaikum dan Helo

Amacam korang minggu nie?? Sehat??
Alhamdulillah..

First and foremost, aku nak ucapkan TAHNIAH kat kakak dan abang UTM, tak kira la bloggers atau pun tidak, yang akan meng-konvo-kan diri diorang esok lusa.. Congrats... Kim salam kat membe baik aku tuh, NC UTM...

Aku juga nak congrats kat sapa-sapa yang telah berjaya berpuasa selama SETAHUN.. Hohohoho.. Opppss.. Aku nie bukan buat ajaran sesat yer.. Memang betol, haram bagi seseorang muslim itu untuk berpuasa sepanjang setahun.. Konteks yang aku guna pakai di sini adalah sebenarnya merujuk kepada puasa di bulan Ramadhan dan juga puasa enam hari di bulan Syawal..

Mesti korang pernah dengar kan, ustazah atau ustaz anda beritahu, kalau puasa penuh di Ramadhan, diikuti dengan puasa nam di Syawal, orang tu seolah-olah berpuasa selama setahun... Wahhh.. Maknanya, puasa kita tuh bernilai setahun pahala berpuasa.. Best kan.??. Memey la.. =..=

Hah korang bila lagi?? Dah brapa hari?? Sempat ker?? Nasihat aku, jangan tangguh-tangguh, buat jer straight enam hari... Dah selesai, baru enjoy.. raya sakan la... Baru feeling habis attack umah terbuka membe-membe kan.. Hehehehe.. opppsss.. Kontrol nafsu yer.. ;p


Tu jer la nak koba...
I know.. Another sad sad entry, that i shouldn't really write about.. Trash

Ok fine.. Next entry is about facebooking = blogging: PART II


Wassalamualaikum





p/s: dah raya nie kena la men meriam buluh.. mana nak cari buluh kat UTM nie hah??

Wednesday 21 September 2011

Spider-Man vs Kluang Man vs Power Rangers

Assalamualaikum dan Hai..

Dah lama tak  



Bila duduk kat 



nie, mula la, line tenet cam 



walaupun aku pakai broadband










Rasa geram bila 



dan



mula buat blog aku nie sebagai rumah kedua diorang.. habis punah.. Yer la, kan kluang ngan labah-labah suka tempat yang gelap dan tak berpenghuni.. 


Nasib diorang tak ber-




Kalau yer, susah aku.. kena panggil membe-membe lama aku, geng


plak untuk bersihkan sisa-sia nie.. Adeiii
Kalau korang nak perkhidmatan membersihkan blog, bleh la calling diorang, tak pon add jer Fesbuk.. ;p


Tapi kan, kalau burung






yang buat sarang kat blog aku nie best la jugak kan, dapat la jual, dapat la income skit.. Kalau aku jual telur kluang ngan spider apa la yang aku dapat.. Adeiiii




So, mintak maap la kalau aku tak terjah korang balik, atau aku tak singgah bloglisters aku... Mintak maap yer... InsyaAllah, nanti aku ketchup song balik yer... Sabauuuu


Sekian dulu dari penulis entry sampah meminta simpati nie..
wassalamualaikum




p/s: penat gampang jadi PIC nie.. Kalau tido petang best nie... ZzZzZzZz

Saturday 17 September 2011

Konco Aku Yang Ke-300

Assalamualaikum

Lepas aku piblishkan entri yang INI, aku baru sedar yang followers aku dah cecah angka 300.. Hahahaha.. Suker la tuh.. Memey la.. Sapa yang tak suka kan..


Sila fokkus kat widget follwer tuh yer, bukan author yang memang kiut kat atas tuh.. Hahaha


Alah, follower beriban pun tak guna kalau diorang tak datang baca dan komen.. Tapi, still follower nie penting, terutama nya untuk blogger baru macam aku.. Macam penyuntik semangat la... Bukan penyuntik dadah morphin ker haper yer.. Sila jangan sentuh benda-benda tih.. Harammmmmmmmmmm....

Trimas la yer, to all the followers generally.. Tapi aku kesian plak, sebab aku tak leh nak follow balik atau terjah balik follower ke-300 nie.. Tak tinggal link ker, komen ker... Profile dia pun tak setting lek lok.. Cian dier..

Kalau follwer ke-300 tuh baca entry ne, tinggalkan kan komen yer.. And please update your profile.. :D

Sekian dulu
Wassalamualaikum



p/s: dah cukup 300 followers nie, bleh buat filem sambungan citer 300 la camnie.. Nak tawan JB bleh?? Hahahaha ;p

Tolongla Buang Widget Lagu Tuh.. Rimassssss !!

Assalamualaikum

Lu per cer?? Gua orait jer.. Alhamdulillah.. Sehat walafiat.. Puasa enam pon tinggal lagi dua hari.. harap-harap dapatlah habiskan, sebelom malaikat maut datang menjemput...

Halamak.. Intro taching maching nie pehal.. Hehe.. Biasalah, dah lama tak hupdate, macam nie la jadinyer.. Otak dah bengong, sesak dengan sel-sel belajar..Acheh, budget aku nie kuat study.. Haktuihhh

Kembali ke persoalan utama, WIDGET LAGU. Adeii.. Siyes.. Nie bukan lah isu yang baru, tapi isu yang sentiasa segar meger.. Macam ikan kembung yang baru dijala di malam hari, dan terus dijual di pasar pada paginya.. Bau nya, pergh seharum harumnya, mencucuk kalbu..

google pixas


Malam nie, setelah berhari-hari tak hupdate, budget nya nak BW la dulu, nak tengok hasil tangan bloggers lain.. Nak cari ilham la katakan.. Tapi siyes, aku hampa + sedeyh + geram.. Apesall?? Pasal widget lagu tuh la..

Dalam 10 blog yang aku klik dari group-group kat FB tuh, 4 atau 5 ada pasang widget lagu.. Korang rasa aku baaca ka blog tuh?? Lansung tak.. Annoying kot... Dah la aku men blog waktu rummet kesayangan aku nak tido.. Kesian la kat dia, asyik tekezut ja dengan lagu-lagu yang dipasang kat blogs korang..

Memang betol, lebih senang kalau aku mute kan lappy nie, tapi aku nie memang dasar pamalas... Konferm tak tutup.. baik aku pangkah ja blog korang, lagi laju.. Hahaha.. Siyes kejam kan.. Ahhhh lantak lah...


Dah dah.. Gua nak pi mandi.. Mandi waktu pagi-pagi buta nie tak elok, tapi memang best... Gua penat beb main tenis tadi, yer la dah lama tinggal.. Lagi dua bulan SUKAM dah nak start.. Kena la turun training slalu..

Sekian dulu.. Esok lusa gua hupdate lagi
Sayonara amigos
Wassalamualaikum


p/s:tajuk asal entri nie sbenarnya "Buanglah Widget Tuh Sy***l" tapi tukar.. Kasaq kan.. Hahaha

Wednesday 14 September 2011

Maafkan Saya Yer, Miss Soly and Miss Hira

Assalamualaikum dan Hai

Sori sori sori.. Nak mintak maap banyak banyak..Raya tak habis lagi kan?? Hehe..

Dalam Entri yang Riak lagi MERIAKkan nie, aku ada buat satu kesilapan bersaiz kapal titanic.. Adeiiiii.. Camner la bleh silap ek.. Hehehehe

Kad yang ada doodle kat first page tuh adalah dari Miss Hira, manakala yang ada gambar umah tuh kad ghaya dari Miss Soly Solley.. Tersilap daa.. Description pun silap... Tu lah, scan kad tak tengok dulu sapa yang punya.. Kan dah kantoi.. Naseb la Miss Hira tegor.. Huhuhu

Sekali lagi, maap la yer... Jangan merjuk plak.. Taun depan hantar kad lagi yer.. Hehehehe

Kad Miss Hira

Kad Miss Soly Solley


Sekian
Wassalamualaikum

Wordless Wednesday # 10: Moto Masked Rider

Assalamualaikum dan Hello.. :D




p/s: siyes cool kalau aku bawak moto nie .. hahaha

Tuesday 13 September 2011

Benci Tengok Wayang Hantu Bonceng

Assalamualaikum

Jam laptop ketika ini memaparkan waktu 2:17 a.m... Amboi.. Lambat nya tido.. Esok kuliah stat pukul lapan.. First day tuh, takleh la masuk kelas lambat.. Nanti lecturer dah mark, susah plak nak bodek dia nanti.. Erk.. Niat kena betol ek.. Belajar kerana Allah, bukan sebab nak ngorat lecturer.. Hehe..


Patutnya, penuntut-penuntut Universiti seluruh negara (degree) telah pon memulakan sesi pengkuliahan pada hari isnin (14 Syawal).. Tapi, untuk kelas aku, hari Isnin free.. Tak der kelas.. Jadi, untuk mengeratkan hubungan silatrurrahim antara rakan sperjuangan semua setelah empat bulan berpisah, kamilah pergilah ber-ronggeng.. Aktiviti yang dilakukan: main bowling, shpping and tengok wayang.. Eyhh.. Laki pon shopping okeyh..


Nak ringkaskan jer, sebab ada benda penting nak citer perenggan seterusnya.. Main bowling waktu petang kat tebrau, lepas tuh shopping kejap kat jusco tebrau, then sambung tengok wayang, Hantu Bonceng..



Main body entry nie ada kaitan la ngan citer wayang yang aku baru tengok tadi.. Nak pandangan professional pasal filem nie, bukan sini la tempat nya.. Sini komen pedas-pedas bleh la.. Ermmm... Ikut kan hati aku, citer nie best la.. Banyak lawak.. Agak seram bagi sapa-sapa jiwa kecil tuh... Tapi aku tengok wayang tadi dengan penuh rasa kebencian dan kesedihan.. Sob sob.. ;[


Sepanjang sejam lebeyh wayang nie, ada la jugak diterapkan nilai-nilai Islam.. Tapi, nilai Islam itu dilakonkan dengan cara yang begitu sambil lewa, seolah-olah diperkotak katikkan... Okeyh contoh, ada satu scene nie, watak Halimaton (jue aziz) tengah sedeyh sebab amran(zizan ml) men ngan pompuan lain.. Member dia, Mimi pon dengar la rintihan dengan penuh prihatin dan kasih sayang.. So gula-gula gituh.. Sbelom mimi kluar ngan balak dia, ada la dia nasihat kan Halimaton " be strong ok.. X nak sedeyh2.. Jangan lupa solat tau"...




Perghhh.. Macam bagus gila kan Mimi nie.. tapi, bila dia sebut gituh, satu wayang tergelak.. Pelikkan?? Sebabnya, Mimi tuh minah rempit/bohsia... Tak pakai tudung, baju lengan takdak, pakai skirt + legging, duduk serumah dengan balak yang bukan muhrim...


Alah, mesti ada setengah orang akan cakap, "kira ok la tuh Mimi bagi nasihat macamtuh, ingat jugak Allah".. Wei, bayang kan kalau Kak Wardina, or Irma Hasmie yang cakap camtu kat Halimaton, korang ingat wayang tuh akan gelak berdekah ker?? Tak der nyer.. Konferm ahli wayang akan amik serius benda nie.. Sekurang-kurang nya ada la jugak kesan kat audience.. Ini tak, macam Islam tuh dibuat-buat untuk menjadi bahan ketawa... Astagfirullah.....


Aku setuju la dengan ustaz yang kluar tv3 Jumaat lepas (al-kulliyah), kalau nak filem Malaysia nie bebas unsur2 barat dan kotor nie, bagi para ulamak dan alim agama tapis dulu.. Kalau difikirkan sesuai, maka dibolehkan untuk dipasarkan.. Entahla, cakap kadang-kadang terlampau senang, tapi kalau sokongan tak dak, tindakan tak dak, benda takkan jadi punyer..


Maaflah, tertulis panjang.. Maklumlah, dah lebeyh 36 jam tak update.. Idea skali timbul, kena la tulis puas-puas.. Hehehehe..

Sekian dulu... Renung-renungkan, dan selamat beramal...
Adios minna san
Wassalamualaikum

p/s: insomnia la plak.. adeiii.. Nak lepak N24, member suma dah tido.. kahatamkan komik conan no 71 lah.. Ayuhh

Sunday 11 September 2011

Nak Tayang Kad Raya

Assalamualaikum dan Hello...

Soklan cepu gangsa separa perak.. Brapa kad raya korang dapat tahun nie.. Kad raya yang asli yer.. Tak main ler yang elektrikel punyer.. Tak "shock" arr.. Hehehe

Aku?? Alhamdulillah.. Setelah bergedik-gedik dengan beberapa bloggers lain, dapat lah empat keping kad ghayer.. Dah lama rasanya tak merasa kad raya nie.. Eerk... Apa yang nak dirasanya kan??Gunalah imiginasi maseng-maseng yer.. Hohoho

Nak tayang kat korang la nie. Biar korang ada jeles-jeles skit..

1. Kad Ghaya dari Blogger retisss, Nizam Ijam





Pergh.. Siap letak muka dier kat atas kad.. Kalau pompuan yang dapat nie, habis la.. Bleh gadoh ngan BF.. hehehe.. Gurau jer ek..


2. Kad Ghayer dari Miss Soli Solley




Kad yang ada gambo doodle kat muka depan... Comel.. Sesuai la dengan penghantarnya, yang memang sukakan noodle.. Eh silap.. Doodle.. Hehehe


3. Kad Raya dari Miss Hira




Dah lama rasanya dia tak update.. Ker aku yang tak terbaca... Ermmm.. Dia baru masuk UPM kot.. Selamat sambung belajar.. :D


4. Kad Cari Gadoh dari Fatin Syahirah





Ini kad yang paling aku benci.. Ada ka dia kata aku gila dalam kad nie.. Keliling kad dia tulis.. Nasib baik la ada jugak ucapan mintak maap.. HAhahaha.. Tak per.. Aku maap kan ko Fatin.. Pelik jugak.. Takder plak typo dalam kad raya ko ek... Hehehehe.. ;p



Best kan dapat kad ghayer.. Taun depan nak lagi bleh??? *Dengan muka tak malunyer*

Thanks very much kepada bloggers nie suma, sanggup menhabiskan duit menghantar kad raya yang cun2 kat aku... Sob sob... Sedeyh arr.. Wuuuuuu


Sekian
Wassalamualaikum


p/s: kena save duit la minggu nie, sebab dah janji nak blanja UTM blggers makan ABC.. wuuu.. Puasa enam jom... :D

Friday 9 September 2011

Art-Work #4 | PREVIEW

Assalamualaikum

Nak Sneak peak skit.. Whohoho


Nie untuk akak senior graduan Utm, Cikgu Nuddyra.. Walaupun senior, bila interaksi, guna " aku kau" jugak.. Hahha.. layanz..



Details: Nuddyra suka tengok Citer Conan.. Hohoho

Nanti kalau ada masa dan time aku kaler yer cikgu Nuddyra

p/s: penat braya smalam.. Sebab tu tak dak entry.. :p
p/s: nak sketching untuk dua dalam satu bloggers plak.. :D

Wednesday 7 September 2011

New: Kamen Rider Fourze

Assalamualaikum dan hai...
Wazzup yo ..

Entry kali nie adalah sedikit kebudak-budakan.. So kalau korang rasa korang terlebey matang, baik jangan baca entry nie.. Hehehe..

Saja jer nak promote siri Kamen Rider yang terbaru, Kamen Rider Fourze (baca: KR Fourty)...
Kamen Rider Fourze nie adalah khas untuk ulangtahun ke-40 dalam franchise kamen rider nie.. Secara official nya disiarkan minggu lepas, dan download link mula kluar minggu nie, so aku pun sedut la.. Baru first episode, so tak leh nak komen apa-apa lagi.. Kena tunggu dua tiga episode lagi baru tau samada best ke tak siri kali nie..



Nak download korang pergi kat budakmaran.blogspot.com

Nie tengok la dulu video promo nyer.. Layanzz


First impression aku lepas tengok episode satu:
1. design kostum yang sungguh pelik dan tak lawa.. Buwekkk
2. awek yangg super kawaii (baca: super comel).. hahahaha
3. hero yang muka gangster, tapi dalam hati ada cendawan
4. raksasa yang super cool


Aper pon, kena la tunggu.. Mana la tau, plot siri best.. harap lagi best la berbanding dengan siri sbelom nie, Kamen Rider Oz.. Haishhh.. ~~




Tuesday 6 September 2011

Details untuk Art-Work ? ?

Assalamualaikum dan Hello peeps..

Pertama skali, aku nak mintak maap la kepada readers yang membaca entry aku sebelom nie, Kezutan Untuk Budak UTM, sebab terlalu banyak typo.. Aku menaip entry tuh dalam keadaan yang seius sejuk.. Badan agak sdeikit menggeletar dan keadaan dalam CC tuh yang agak samar dek kerana kekurangan lampu.. Terimasih jugak kepada sapa-sapa yang tegur aku.. Hehehe..

Smalam lepas kluar CC, kepala aku sakit gila... Dah bertaun aku tak capai kesakitan kepala tahap migrain.. Balik umah abang aku, tros tido... Tapi tido pun tak best, slalu sangat terjaga.. Sakit kepala yang amat menyebabkan aku bermimpi macam-macam... Seram, sedih, lawak, suma ada.. Adeiii..

Ok la..Panjang plak intro kan.. Sebenarnya aku nak tulis pasal benda lain.. Nampak kan tajuk?? Nie pasal art work la.. Dah tengok tiga entry pasal art-work sbelom nie?? Klik {SINI {SINI} dan {SINI} kalau korang terlepas pandang yer...

aku amik kat google jer nie..


Pada  entry Artwork ketiga tuh, aku ada tulis, sapa-sapa yang nak aku lukiskan art-work bleh la bagi details kat aku.. So, aku nak terangkan lah apa kemender nyer details tuh..Cer korang tengok artwork untuk Nadirah, aku lukiskan dia sebagai hantu kakak murtabak yang ada kaki itik kan.. Sebabnyer, waktu ramadhan lepas, dia jual murtabak kat bazar dan blog dia adalah bertemakan itik kuning.. Ada paham?? Untuk artwork Sergent plak, katak Bumi tendang katak alien.. Sebabnyer, katak bumi tak suka katak alien.. Hehe.. Yang untuk artwork Apel, dia baru bli keyboard dua blan lepas, so aku lukiskan la dia ngan keyboard... Dah paham??

Details yang aku maksudkan adalah sesuatu yang ada kaitan dengan korang punya kehidupan.. Pekerjaan ker, identiti blog ker, hobi ker (macam typo Queen tuh) , sukan kegemaran ker, atau aper-aper jer la.. Asalkan ia nya senang untuk diilustrasikan.. 

Nak ker?? Kalau nak bleh la bagi details untu aku cari idea untuk lukiskan nanti.. Nak antar kat email aku pun boleh, nak pm kan kat fb pun boleh, atau pun tulis jer komen panjang2 kat entry nie.. Tak kesah.. Fb name, sama ngan nama penulis blog nie.. Email plak : dzariefzuhdi90@gmail.com


Sekian
Sayonara amigos
Wassalamualaikum



p/s: korang rasa lawa ker artworks yang aku lukis tuh..Aku bukan la pro pon.. ~~
p/s: malam nie tido sorang2 dalam blok yang sunyi sepi.. takowttt~~


Monday 5 September 2011

Kezutan Untuk Bebudak UTM

Assalamualaikum


Sesetengah korang mesti dah tau, yakni aku sekarang dah ada kat JB.. Alhamdulillah, perjalanan dari Kedah ke Jphpr tak sesak sangat, walaupun banyak kereta...Alhamdulillah jugak sebab kami adik berafik (aku, adik aku, n abang aku) selamat sampai ke destinasi masing-masing... Syukur...


Dua malam nie, aku akan tidor rumah abang aku ja.. Esok baru nak pegi pejabat kolej, nak try mintak kunci.. Siyes, kalau orang pejabat tak mao bagi, PECAH la.. Erkk.. Tak nak la.. Tak nak jadi genster.. hehehe.. Kalau tak dapat aku tompang la bilik sapa-sapa.. Tak pon qiamullail jer kat masjid.. Wakaka




Ok.. Disebabkan aktiviti aku arinie adalah bebas (macam aku jer yang ikut orientasi tu =.=) , aku kluar la jalan-jalan.. Pusing JB, pusing UTM... Sbelom lepak kat  CC petang tadi, aku saja-saja pusing UTM nak tengok blok kediaman baru aku.. Nak ursha la kot kot tempat tu keras ker.. Dihantui oleh kakak murtabak ker.. Kita tak tau kan.. Hehe


Dah habis survey, gua pusing la kolej, menghala ke susur kluar UTM.. Nak pi makan tengahhari plak.. Ok.. Korang tak mau tau kan aku makan apa.. Skip this part..


Setelah membuang masa 3 jam di cc, aku pusing JB.. Saja, nak mengungkit nostalgia lama.. Padahal baru 4 bulan tak pusing JB.. Haha.. Fkyover besar kat persimpangan nak ke JB dan Danga dah bukak, dan banyak lagi jalan-jalan baru dah mula beroperasi.. Hampir sesat kot tadi..Hehehe


Malam keliwon menjelma.. Erk.. Silap.. Maghrib menjelma.. Pergi la Masjid UTM.. Nak feeling la skit karpet masjid tuh.. Still gebu.. Best nie kalau qiam kat masjid.. Yang tak best nyer, tandas kat tingkat atas tuh tak bleh pakai.. Kena pakai yang dekat Dewan plak, kat bawah masjid.. Perjalanan ke sana agak seram, lampu hanya suram suram saja.. Pergi pon seorang diri, tak dak sapa teman.. 


Nak buat bisnes pun tak masyuk, takot la jugak.. Dah la nak dekat isya, kalau bilal azan, tak ker penuh tandas nie.. Yer la, smua hantu mai lari masuk tandas nie, sebab tandas atas rosak kan.. Hehehe


itu jer la perubahan yang aku perasan setelah membuang masa seharian pusing skudai dan jb.. Yang senior2 UTM yang nak balik esok lusa, jangan tekezut plak.. Aku dah koba awal2 nie.. Wahahaha








Sekian
Sayonara amigos
Wassalamualaikum




p/s: tertulis panjang plak.. Maap yer rakan-rakan bloggers.. :D

Sunday 4 September 2011

Art-Work #3

Assalamualaikum dan Hai...

Pekabo sumer?? Harap sehat walafiat la yer.. Makan la ketupat tu banyak-banyak, nanti dah habis kempunan pulak.. Hehehe...

Okeh.. Nie sebenarnya entry yang aku karang secara cincai jer, sebab lagi 20 minit, aku dah nak gerak.. Gerak mana?? Gerak balik Johor la.. Wuuu... Sob sob.. Tak sempat nak join konvoi raya ngan member-member skolah lama arinie.. Tapi tak pa la, smalam sempat la jugak braya, walaupun cuma dua umah.. Syukur lah.. 

Nie aku nak tunjukkan art-work aku yang ke4, khas ditujukan kepada CLumsy Heroine..Dia baru beli piano/keyboard dua blan lepas, so aku lukiskan kan la gurl with keyboard...

Nak tau aku refer model gambar mana?? Cer korang search Google Image " Tsumugi Kotubuki".. 

Layanz la gambar2 nie.. Hehehe


sbelom di-photoshop kan..
Setelah diphotoshop kan.. Kaler baju jer.. Hehehe



Macam.. Sori la tak lawa yer.. Hehe
Sekian
Adios amigos
Wassalamualaikum


p/s: doakan keselamatan aku sampai ke johor

Saturday 3 September 2011

Art-Work #2

Assalamualaikum dan heloo

Rasa malas ja nak update kan.. Maklum lah, mood raya tu masih membuak.. Tambah lagi dengan sisa-sisa ketupat yang masik terlekat di sel-sel otak aku, yang menyebabkan otak ku jem tak dapat berfikir.. Hehe


Arinie aku nak tayang kan artwork aku yang ke-3.. Khas Untuk Sergent Kerorok.. Maaf la tak lawa.. Photoshop pun main hentam jer.. Nanti aku dah expert, aku buat lain yer.. :D

Aku letak dua gambar, satu sbelom photoshop, satu lepas aku kaler pakai photoshop.. Enjoy..

OPPS.. SEGALA KOMEN DAN KRITIKAN AMAT DIHARGAI... ter-CAPS-lock plak.. hehe



Yang asli.. Kaler pakai magic pen jer.. Wuuu
Yang di-edit.. Tak banyak ubah, just sajen kena kaler.. Heheh


Meh sapa nak aku lukiskan diri korang, bleh la bagi details2 nyer.. Kalau ada time free kat UTM nanti, bleh la aku lukis ka.. hahaha

Sekian 
Sayonara amigos
Wassalamualaikum

p/s: nak pi braya umah awek nie.. jom...weeee

Friday 2 September 2011

Funny Friday #9

Assalamualaikum

Nie aku amik kat FB, dari page Pereka Cerita.. Hahaha.. Lawak kot




===== LAWAK YANG TIADA PENGHUJUNG ====
Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya ade kerja selama seminggu,jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk-atuk, untuk seminggu ni saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan bermain-main ngan tuk...

Atuk (rupenye boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tu...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk. lain kali le ye...

Atuk bagitau Secretary balik: Jangan risau, minggu ni kita jadi ke outstation. Uruskan semuanya..

Secretary menelefon Suaminya :..
penat tulis .. korang sambung la lawak ni



Sekian
Wassalamualaikum

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More