LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 31 July 2011

SEGMENT : Saya Punya Lagi Best!

Assalamualaikum..



Ish.. Segmen nie memang susah skit.. Kena pilih entry yang paling best/superb/menarik yang pernah dipublish oleh blog nie.. Ergh.. Susah kot nak pilih yang mana satu.. Ernmm.. 

Ok la.. Aku kasi yang aku rasa layak dicap superb la yer.. Walaupun kebanyakan entry aku nie berunsurkan karut tapi tidak menyesatkan.. Hehe

Nie la entry nyer.. Klik kat bawah..




Sekian..Wassalamualaikum

Annoying Bird

Assalamualaikum

Korang layan jap ek gambar nie.. Nie aku pungut kat blog FuuBook.. Semua komik dia mmg lawak dan best.. Hehe.. Layanzzz


FuuBook



Pernah tak korang pegi blog lain yang ada cam lam gambar tuh.. Ada ? Ada?
mestila ada kan.. Bohong la kalau takdak.. Korang pelik tak?? Yer la.. Apesal nak letakkan benda tu ek.. Tak rasa macam meyusahkan readers ker.. Kadang-kadang burung tu suka ati ja hinggap atas entry yang kita nak baca tuh.. kadang-kadang sampai block view untuk membaca entry tuh.. memang annoying..

So, we bloggers must think about your readers.. Their accommodation is our priority.. So think twice before you put any widgets or applications in your blog.. Choose wisely.. :D

p/s:autopublish lagi.. skang maybe dalam perjalanan pulang ke Sg Petani.. adios

Saturday 30 July 2011

Penembak Laser Bukit Jalil Di Kenal Pasti

Assalamualaikum

Ish.. Saper la punya kerja dok tembak-tembak laser kat stadium tuh hah?? Orang nak tengok game tuh, biarla smooth jer.. Jangan la nanti Malaysia kena cop " Penembak Laser tegar" plak oleh team-team bola luar.. So, sapa-sapa yang menjalankan modus operandi terkutuk nie, silalah berenti yer.. 

Laser hijau yang ble dibeli kat Pesta Konvo UTM


Smalam, aku dapat info yang beberapa suspek telah ditangkap setelah dikenalpasti sebagai penembak laser.. Mereka ditangkap bersama-sama dengan laser hijau yang digunakan mereka.. Ish-ish.. memang tak sangka.. Muka baik, tapi hati saper tau.. Dah la pakai baju hitam kuning, sokong malaysia la katakan.. Tapi perangai mereka sedikit sebanyak mencemarkan kecantikan permainan bola sepak Malaysia..

Nak kenal tak sapa merka nie.. Erm.. Layan jer gambar -gambar kat bawah.. Layanzzzz..

**
**
**
**
**


suspek no 1

no 2

no 3

no 4

no 5

no 6

no 7

Nampak tak laser yang dibawa mereka tuh.. Ada kat pinggang dan tangan diorang.. Bukti kukuh kan.. Harap-harap mereka ni insap la cepat-cepat.. Ingat diorang pakai topeng orang tak leh kenal ka?? Wei.. Polis Malaysia cekap-cekap la.. jangan men-men..



p/s: nak autopublish lagi la.. Padahal ble jer buat sendiri.. Bukan nak pegi mana pun.. Sighh

Entry ke-100, dan Follower ke-100

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hah.. Kalau korang baca entry yang INI, mesti korang perasan, nie la salah satu entry dalam gambar tuh.. Tapi tajuk dah berubah sikit la.. Sebab aku dah tak ingat sapa pengkomen ke-100 kat blog nie.. So sowie.. :(
Malas pulak nak kira smula.. Ngee

Sori lagi skali sebab follower kat tepi tuh dah tunjuk angka 220, tapi baru nak wat penghargaan untuk followers ke-100.. Ish2 terok bebenor.. Aku tau.. Mesti korang cakap: "Ala.. Follower baru 200 lebey dah nak bising2 wat entry penghargaan.."

Yer la.. Aku pun sedar.. Tapi follower ke-100 aku tuh spesel skit, bukan makwe aku mahupun sedara mara aku.. tapi dia makwe kawan aku.. Haha.. Kami satu U, satu coarse.. tapi jarang cakap2.. Stat nak rapat2 dengan dia pun sebab kami sama-sama berblogging.. Ngeee..

Nak kenal?? Dia dah ada balak ok.. Harap Maklum.. So tak dak chance la nak goda-goda dia.. hehe.. Klik kat gambar bawah ok untuk ke blog dia.. Let's Go... Weeee

Caution: Dia suka membebel.. Haha


Ok, next aku nak bagi link untuk post ke-100 aku plak.. Sebab nya?? Entah.. Maybe korang berminat ker.. Saja nak bazirkan bandwith berukband korang untuk tengok entry tu ker.. Hehehe.. :D




p/s: harap2 jadi la autopublish.. Baru blaja.. Skrang maybe ngah jalan2 kat Time Square.. Jom :D

Friday 29 July 2011

Bila La Nak Post Semua Ni ?

Assalamualaikum

Penah korang cek draft entry korang?? Ada brapa ek??

Aku punya banyak woo.. !6 post belom publish..haha

Tajuk entry memang ada, tapi sestengah entry tuh tak dak isi lagi.. Tak tahu nak karang aper.. Erm.. Nak kena praktikkan apa yang cikgu BM ajar dulu la, buat peta minda bagai.. Adeii.. Dah la Bm Spm aku b jer.. Malu siot.. Ngee

Tekan kat gambar untuk membesar





Yang entry pasal Itik Kuning tuh kena sensor skit.. Nanti dia marah plak.. Hehehe.. Isu sensitip

Sekian.. Wassalamualaikum


p/s: dalam proses nak siapkan entry indian locksmith tuh.. dah dua hari karang.. :D

Wednesday 27 July 2011

Wordless Wednesday # 6

Assalamualaikum



p/s: slamat ramadha.. InsyaAllah isnin atau slasa kita stat posa.. :D

Tuesday 26 July 2011

Jumpa Jep Sepah Kat Cameron.. Haaa Semput Lagi !!

Assalamualaikum

Korang percaya tak kalau aku kata aku penah berjumpa ngan JEP Sepah.. betol.. Aritu kat cameron.. Dia dengan rombongan meminang artis lain.. Lebih kurang lam 6 7 orang kot.. Aku da gambar.. Nak tengok.. Jangan jeles ek..

klik untuk tumbesaran abnormal





Korang nampak tak?? Sori la.. Aku bab2 mengedit gambaq nie memang tak reti.. Hah.. yang tiga awek tu sila abaikan yer.. Kalau nak nomboq phone diorang PM aku.. Hehe.. Nak kena jalankan sesi interview dulu.. Ngee..

Haha.. Mula-mula ingat nak tangkap gambar personal ngan dia, tapi tak kesampaian.. Malu satu hal, lagi satu Jep nie cam sombong skit la.. Nta la... Maybe dia malu kot.. Tapi kat cameron tuh tak dak orang lain yang perasan dia Jep Sepah, juara ML.. Sebab kat atas tuh bnyak orang asli dan indon jer..

So, bila kami perasan yang Jep ada kat situ, kami pun cam gedik2 la nak tangkap gamba ngan dia.. Tapi sorang pun tak brani tanya.. LoL..

Kami kata dia sombong sebab dia pakai spek hitam besar, pakai jaket, silang tangan dan sentiasa dikelilingi oleh kengkawan dia.. Padahal kengkawan dia ada ja yang tanya kami, "nak tangkap gamba ngan Jep ker?" , tapi Jep senyap jer.. Buat dunno.. Ntah ntah dia takut ngan kami kot.. tapi kami muka innocent jer..  (",)?

Aper pon, Jep lebih mengetahui.. Munkin kami yang berprasangka buruk ker kan.. Ish2.. Astagfirullah..
Tapi kalau jumpa Syuib lagi best kan.. hehe.. OMG OMG.. Iras dafi kowt.. Hehe


Sekian
Wassalamualaikum

Monday 25 July 2011

Band Muzik Bloggers

Assalamualaikum

Aku nie seorang yang suka berangan-angan.. Juga suka berangin depan dan belakang.. Opps, sila abaikan..
Sejak dua menjak nie aku berangan nak menulis lagu.. Munkin satu lagi parody, macam yang NIE dan INI..Agak-agak la kan, apa lagu best untuk dibuat parody? Erm kalau lagu raya M.Nasir, "satu hari di hari raya" aku parody jadi "30 hari kita berpuasa" ok tak??..

Haha.. Memang mengarut kan.. Ok la tuh..Impian boleh jadi kenyataan yer dak..
Sebagai penulis lirik , mestilah nak pilih penyanyi dan band terbaik untuk mendendanglan lagu tu kan.. So, kalau la aku pilih ahli band muzik yang terdiri daripada blogger-blogger, mesti best kan.. Mereka meletop di dunia maya, tak salah kalau kita letopkan mereka di dunia hiburan plak.. Erk..Macam salah jer ayat tuh.. Wat ever..~~




So, sapa agak-agaknya yang akan aku pilih??  Aku senaraikan kat bawah la..



1. Lead Singer / Ketua Band
--------APEL---------
Sora dia, pergh.. Taktau nak cerita macamna.. Sebab aku pun tak penah dengar dia perform pun.. Haha.. Tapi dia memang slalu nyanyi pun, untuk Kelab Kontemporari kat Universiti aku.. So, rasa2 nya sedap la kot.. Ngee..

2. Lead Guitar
--------SYAIMZ------
Sebab apa?? Header dia gambo pegang gitar.. So aku assume dia terer la main gitar.. Aku rasa takat lagu Starlight, Muse tuh dia ble bawak la..Paling kurang pon level-level Santana  kan..  No problem kan??

3. Bass
--------KERORO-----
Discovery channel dah dedahkan yang alien sememangnya pandai main bass.. Rasanya betol la kot..Harap2 dia tak plan bukan-bukan plak menggunakan band nie.. Dia kan penakluk..

4. Drum
--------GARY-----
Aku dengar dia nie kaki pukul kat sabah n sarawak.. Nanti dia turun Unimap habis smua dia balun.. Tapi takper, untuk mengekang keganasan dia, aku kasi dia pukul drum tiap2 hari.. Maybe ble tenangkan dia.. :D

5. Kompang
------SEMBANG KEMAS-----
Petang-petang, budak-budak laki slalu turun main futsal.. Dia training kompang ngan Zakri lam bilik.. Memang merdu.. Ramai awek jatuh hati ngan alunan kompang dia.. Siap ada yang dah tempah untuk dia main pada wedding day diorang lagi..

6. Backup Singer #1
-----ITIK KUNING----
Suara dia memang boleh dikagumi.. Dia jugak boleh rap dan buat bunyi itik.. Selain itu dia juga ada bakat membuat kui raya..

7. Backup singer #2
----DAUS SALIHIN-----
Dia selalu memekak kat blok kediaman aku.. Pasang lagu kuat2 pastu feeling sorang2.. Memang calon terbaik untuk peranan nie.. Hehe

8. Manager
------ KAK SUNAH------
Tugas manager adalah mengatur dan menguruskan band.. So, untuk menghalang dari band ini terpesong dari jalan yang lurus, Kak sunah adalah yang palaing sesuai.. Hehe.. Ke-Senior-an beliau memang diakui dan dihormati oleh para blogger lain.. Scary..

9. BodyGuard
------BEN ASHAARI------
Memang sesuai la.. Bila band dah femes, mesti ramai peminat.. Dengan adanya BA, smua fan dan kipas susah mati tak brani nak terhegeh-hegeh ngan band nie kan..Hahaha.. Ketulan menandakan ketakutan..Dengar crita dia ada tali pinggang hitam, blaja kungfu ngan wong fei hong..



p/s: kebanyakan benda kat atas aku reka ajer.. kalau terasa mintak maaf yer kawan-kawan.. Ngeee
p/s: kalau duet ngan Najwa Wawa Latif pun best nie.. hehehe

Mahu Hapus Islam Di Eropah

SUNDVOLLEN (Norway): Lelaki yang dituduh menembak mati 85 remaja di perkhemahan belia dan membunuh tujuh yang lain dengan bom kereta di Oslo, menyiarkan rakaman video di YouTube, menyeru golongan konservatif melancarkan perang salib, enam jam sebelum serangan itu.
Anders Behring Breivik memuat turun rakaman video itu menyeru serangan terhadap umat Islam, dengan rakaman menunjukkan dia memakai pakaian selam tentera laut sambil mengacu senjata automatik, beberapa jam sebelum melakukan pembunuhan yang mengejutkan itu.

Brevilik post nak cari pasal.. Caitt


Dalam teks video itu dia menjelaskan rancangan serangannya, dengan menulis: ‘Saya akan memakai uniform pegawai polis. Ia pasti menggerunkan kerana orang ramai akan terkejut.’

Dalam dokumen setebal 1,500 halaman, dia menulis bahawa ‘terdapat situasi di mana kekejaman adalah perlu’ dan lebih baik membunuh terlalu ramai daripada tidak mencukupi’.

Sumber polis memberitahu media bahawa Breivik mengaku memuat turun video itu untuk meluahkan pandangan ekstrimnya sebelum serangan itu.


Breivik adalah anggota kumpulan Freemason di Oslo dan mempunyai hubungan dengan Liga Pertahanan Inggeris (EDL).

Dalam satu tulisan, dia menulis: “Saya sudah berbincang dengan EDL dan menyarankan mereka memengutamakan strategi dalam berdepan dengan kebangkitan Islam. “Taktik EDL adalah untuk menarik reaksi berlebihan pergerakan jihad Islam dan pelampau fahaman Marxis.

Rakaman video 12 minit yang bergelar ‘Knights Templar 2083’ turut dilaporkan muncul dalam halaman Facebook Breivik yang sudah ditutup.



Berita lanjut
HARIAN METRO




p/s: MasyaAllah.. Sampai nak perang salib ngan Islam nie pe hal...



Sunday 24 July 2011

Anwaq Berahim Mai Sg Petani -- Part 2

Assalamualaikum

untuk baca yang 1st part nyer, klik kat link kat bawah..
http://zuhdifreak.blogspot.com/2011/07/anwaq-berahim-mai-sg-petani.html

Malam nie Sg Petani kecoh.. Tempat tinggal aku yang terdamai dan teraman nie dah kecoh malam nie.. Semua nya gara-gara geng-geng PKR tutun sungai petani.. Banyak otai2 besar ada.. Tapi malangnya satu pun aku tak kenal kecuali Anwaq Berahim.. Aku bukanlah seorang pemerhati atau pengikut politik Malaysia..
Aku nie jenis "let it be".. Senang hidup.. Bila nak mengundi nanti barulah aku fokus pasal politik nie.. Skrang ngah study gih, jadi abaikan jer benda2 nie.. Sory melalut..

manis jer dia senyum :D


Pehimpunan nie tengah diadakan di Dewan Serbaguna Leap Seang Kor.. Dewan nie memang tak jauh dari rumah aku.. 5 minit perjalanan menggunakan sepasang kaki.. Kalau naik "kuda putih" 2 minit leh sampai.. Pergh,. tadi lepas ambik adik aku dari tuisyen saja2 la nak lalu jalan belakang untuk balik ke rumah.. Dan jalan nie boleh tembus ke dewan tuh, tapi gua tak bani la nak lau.. Just nak elakkan roadblock yang belambak kat mainroad.. Adeii..


Aku rasa malam nie ayah aku balik lambat kot..  Yer la, dia dah ler bahagian ketenteraman awam, kalau kecoh apa-apa, team dia la kena gerak.. Pergh.. Sehari aku tak jumpa ayah aku.. Dia balik kejap tadi, tukar moto, tapi tak sempat gak nak bersua.. Aku ngah bukak posa time tuh.. ~~

Semoga ayah aku selamat la yer.. harap jangan la himpun dan buat kecoh-kecoh yer.. Nanti salahkan polis lak kalau kena masuk lokap.. tapi kalau nak tangkap, tak leh ramai-ramai, lokap kat sini sikit jer.. Yang pegi tuh aku usha tadi cam ramai jer.. Beratus agaknya..

Haap-harap Sg Petani sentiasa aman dan tenteram.. Jangan la kecoh-kecoh yer..


p/s: Entry nie bukanlah entry politik, aku tak sokong Kerajaan mahupun Pembangkang.. Aku sokong ayah aku dan pasukan polis jer.. :D

Anwaq Berahim Mai Sg Petani

Assalamualaikum

Quick Entry

Anwar Ibrahim mai Sg Petani.. Ada pehimpunan aper ntah.. Dah la dekat ngan umah aku.. Caitt..

Berita selanjutnya malam nie.. Sekian.. Nak main dota sebentar :D

Saturday 23 July 2011

Kreatif Bersama Sergeant Keroro

Assalamualaikum

Wahh.. Segmen kedua dari blogger retiss tanah air, bakal penakluk bumi yang tak munkin terjadi, Sergent Keroro.. Wahahaha..

Sebenarnya aku dah lama nak join segmen nie, tapi idea kreatif aku untuk minggu nie memang tandus la..Lagi-lagi hujung minggu camni.. Kering kontang..  Ingat dah malas nak join, siap dah bagitau sergent gih yang aku tak dapat nak join..

Memang diakui aku nie bukanlah seorang yang kreatip macam Isaac Newton mahupun Graham Bell.. Kalau epal jatuh kat atas kepala aku, takkan kluar la teori graviti, padahal aku akan maki epal tuh sebab buruk dan jatuh terlalu awal.. Kalau tunggu aku petik baru best kan.. Hehe.. Ter mengarut sudeyh.. Ok la..

Setelah aku ibai 12 keping biskut Cream-O seorang diri sambil duduk menatap skrin laptop nie, tetiber idea datamg.. Erm magis munkin.. owh.. Khurafat semua tuh.. Ok jom stat bersegmen.. Sori intro panjang bebenor..

klik untuk ke blog sarjen




Aku kena buat dialog antara domo ngan danbo.. Mana satu domo ek?? yang ada taring tu kan.. hentam jer la..

Domo: Yeah. !! Singapura menang.. HAHAHAHAHA
Danbo: Huh?
Domo:  Ko pesal muka blurr jer?? Ko tak layan bola ker??
Danbo: Bola.. Bole la.. Malaysia kalah kan.. Brapa skor??
Domo:  Hahahaha.. Malaysia kena bantai 5-3.. Singapura terbaik..
Danbo: Ala.. Skit jer.. Boleh kejar kowt..
Domo:  Hek eleh lu.. Kecik besear kecik besar jer gua tengok lu.. Gua tau la lu orang Malaysia..
Danbo: Yer la.. Aku orang Malaysia.. Kena la sokong Malaysia.. Alah, beza dua gol jer.. Boleh kejar..Lagipun kami ada tiga gol tempat lawan..
Domo:  Erk.. Betol gak kan.. Argh.. PEr pon, singapura menang malam nie.. HAHAHA.. Aku gembira
Danbo: Rilek la bro.. Takyah la gelak besar sampai nampak taring-taring kau tuh.. Jaga la adab skit..
Domo:  Erk.. Kesah aper aku.. Kita tengok kat Bukit Jalil nanti.. Konferm Malaysia kalah.. HAHA
Danbo: Takder nyer.. Penyokong Malaysia 90ribu konferm datang bagi sokongan.. Malaysia konferm menang.. Buekkk

Sekian.. Itulah dialog paling kreatif yang aku bleh terbitkan waktu nie..


p/s: sokong la Malaysia.. 2 gol jer.. Skit jer.. Boleh keja..:D
p/s: sori sergent, hantar lambat :D

Friday 22 July 2011

Mintak TOLONG !! Nie Benda Apa??

Assalamualaikum

Sbeloom maghrib tadi aku sempat balas2 komens dan jengah blog lain.. Tapi pelik, sesetengah blog yang aku bukak tadi ada kluar benda nie.. tengok gambar..Benda pa ek?? Virus ke laptop aku nie.. Dah dua tiga kali jadi..

klik untuk besar cam atromen


Please please.. Ada sapa2 nak tolong ceq?? Ceq tak ketahuan nie.. Wuuuu



p/s: opps.. termasuk skali header Syaimz.. Terpromote secara tak lansung.. Ngee

Segmen : Jom Kongsi Entri

Assalamualaikum

Banyak betol blogger buat segmen smalam.. huh.. Tak menang tangan nak menaip entry nyer..
Kali nie nak join segmen KizMyself plak.. Nak join pegi curik pensill kat gambar tu.. Hehe


Entry yang paling hangit semenjak penubuhan blog aku nie ialah:


Entry tuh dah diview sebnayk 100+ kali.. Wah.. Best2..Hehehe


Sekian.. happy reading
Wassalamualaikum

Thursday 21 July 2011

SAYA NAK JOIN BLOGLIST FAHMI DI SINI

Assalamualaikum..

Yeah.. Malaysia seri ja ngan Chelsea.. yer la kan.. Linesman tuh tak betol.. Kira tak msuk la bola tuh kan.. Yeah.seri.. Hehehe.. Chelsea sayur... Waahaha.. Peminat chelsea.. Sowie.. :D

Ok.. Kali nie nak join bloglist Mr Fahmi plak.. Klik banner kalau nak join gak.. cepat, kena antar entry sebelom midnight.. Let's go



Dia ada tanya soklan, so aku jawab la yer..

1. Sebab join segmen nie:
-----Sebab aku nak join bloglist FDS la.. Hehehe.. Bole trima tak?? Ada lam skima jawapan?

2.Negeri asal aku?
-----Kedah Darul Aman, insyaAllah sentiasa aman..

3. Kaler baju raya?
-----Pakai baju raya yang sama untuk kali ke4, kaler hitam.. Malas nak beli baru..Hehe



Orait.. Dah siap..
Sekian.. Wassalamualaikum

InsyaAllah, Lepas Bola Gua Terjah

Assalamualaikum

Yeaa... Bola dah nak stat.. Lagi 15 minit.. Nak kena streching betol2 nie, lompat bintang , skipping, lari keliling rumah.. Haha.. Baru semangat tengok bola kan..

Rasa cam nak stalight jer dahi tores tuh.. geram


Ok la.. Nak koba jer.. List group untuk segmen Firdaus Frwaky dah kluar kan.. Dan ramai gak yang dah datang sergah blog aku.. trimasih la saya ucapkan.. Nanti saya terjah balik yer.. Promise.. Skrang nak fokus unutk sokong pasukan harimau muda dari jauh.. Orait.. sambil tengok bola, nyanyi LAGU NIE pun best.. Konferm semangat terbakar..

Go Tigers.. Yeah!!

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER

Assalamualaikum dan Hai ..

Alamak.. Muka macho + genster abang Ben tertempek lagi lam blog aku nie..Wahahaha

Kali nie nak join segmen baru BA yang fokus kat blooger baru/ newbie cam aku nie.. Korang pun nak join ker??  Pegi tepuk bahu abang Ben tuh.. Takpun klik jer SINI

Syarat unutk segmen nie adala bagitau readers smua knapa blog aku layak difollow dan diterjah slalu..
Ermm.. Knapa ek?? Entahla.. Readers semua la yang sepatutnya menentukan, samada blog nie best, hambar, mahupun biaser2 jer..

Tapi aku nie boleh dikira permah dan ceria orang nya.. Terutama dalam dunia maya nie.. Kalau korang follow aku, aku follow balik.. Kalau korang tinggal jejak kat komen atau shoutbox, aku pergi terjah balik.. Walaupun kadang-kadang aku jadi silent reader jer..

Kebanyakan entry aku adalah berkaitan pengalaman hidup ku selama 21tahun di bumi, 5 tahun di planet Kripton dan 3 tahun di planet Saiya.. haha.. Ok mengarut sudeyh.. Jangan marah yer.. Aku memang suka mengarut.. :D

Jadi, kalau tak eberatan sudi lah jadi follower kepada blog picisan nie, jadilah pengomen tegar dan juga pengunjung senyap blog nie.. InsyaAllah itu smua akan membuatkan saya bertambah bersemangat..


SEKIAN
wassalamualaikum



p/s: jom layan bola lak.. lagi 20 minit nak satat.. Owh.. Segmen nie tutup kul 9 malam nie.. okbai

Wednesday 20 July 2011

UPDATE: Forum Di Sungai Petani

Assalamualaikum

Petang tadi aku ada post satu entry pasal kedatangan Uztazah Norbahyah dan Ustaz Wan Akshah datang Sg PEtani kan.. ok.. Nie adalah update kepada entry tuh.. Rupa-rupanya ada poster pasal event nie..



Jadi, marilah menyemakkan lagi dataran Laguna Merbok pada 26 Julai nie yer.. :D

Wordless Wednesday # 5

Assalamualaikum  :D

Klik untuk tumbesaran abnormal


Okbai..

Firdaus Life : Berkawan Dalam Kumpulan

Assalamualaikum

First time join segmen dia dulu adalah segmen seminggu 100 followers.. Follower naik mendadak.. Best :D
Nie kali kedua aku nak join segmen dia.. Gud luck to me and to uolls yang join segmen nie gak..

Blom join?? Ok klik banner kat bawah.. Sonang jer..



 Mari Kita Sama-sama Berkawan :D
 
 

Sekian
Wassalamualaikum
 

Uztazah Norbahyah dan Uztaz Wan Akashah Datang Sungai Petani

Assalamualaikum




JEP:        Manis tak kurma ini.. ?
SYUIB:   Manis
JEP:         Kurma ni manis, tapi malangnya perngai kamu kurang manis..

Hahaha.. Itulah ayat yang paling tak boleh blah dalam ML finale.. :D
ok ok.. Stop it.. Aku bukan nak melawak ker aper.. Cuma nak ajak la korang-korang blogger yang duduk berdekatan Sungai Petani mari meriahkan Laguna Merbok.. Dua pencermah agama terkenal Malaysia, pasangan suami isteri, akan datang Sungai Petani, Kedah.. Yaeahhh.. Maybe nie siaran lansung "Manis tak Kurma Nie" kot..hehe

klik untuk pembesaran maksima

Hijjaz  pun datang.. Memang best la.. Kalau ada aku ada kesempatan aku pegi la.. InsyaAllah..
Thanks to Hidayat kerana ajak..  :D

sila jangan konpius dengan yang ini yer


Sekian..
Wassalamualaikum

BLOGGER GILA CEKAL KEMBALI

Assalamualaikum..

Takmoh cakap/tulis banyak.. Nak join korang fire laser kat header BA tu..Sekian..

Tuesday 19 July 2011

Truth of Tuesday # 2

Assalamualaikum


Aku jumpa JEP SEPAH kat cameron.. 
Whaaa.. Semput Lagi !!





p/s: tapi syuib ngan mamat takdak..wuuu

Hizami, Nak Header Satu!

Klik sini untuk ke pautan asal
Assalamualaikum

Wah.. Pagi2 bangun nie kalau layan Hitz.fm pun best... Layan lagu Hitam Kuning..Arrr.. Gigi pun tak gosot lagi dah bukak blog.. Haisss.. tak dak disiplin lansung.. Nie kalau PK HEM skolah aku tau nie, kena sebat kot.. Ngeee :D

Orait.. Pagi2 nie aku cek shoutbox ada bro yang mengaku dia boboi boy, ajak join lucky draw katanyer.. Aku pun join jer la.. Dia nak bagi header pree tuu.. Header yang tempek kat atas tuh pun aku buat sendiri pakai publisher.. Dah la tak lawa .. Sighh.. Sorila, aku nie tak reti nak pakai photoshop.. Dah belajar, tapi lupo.. Ngeee
Senang jer syarat nyer, kena lengkapkan slogan simple pimple jer.. Alamak, macam nak join kontes kat ntv7 jer nie.. Hehe

Slogan nya:

'Ke hadapan Hizami, saya nak header satu sebab header yang wujud di blog saya sekarang bukanlah dalam kategori header sebenar, bukan produk photoshop'

Err.. Boleh ka macam tuh?? entahler, kebanyakan header blog lain adalah produk photoshop dan mempunyai dimensi2 tertentu.. Aku punyer, main hentam jer, asal kan nampak sesuai dengan theme blog.. (+_+ )
Mintak-mintak la aku dapat header baru plus makeover skali.. Hehehe.. Diz is best bro !!

Opps.. Lupa lak.. Kena tag sorang.. Ermmmm.. Aku nak tag...
Clumsy Heroin yang suka membebel :P

Hitam Kuning.. Go Tigers

Hitam Kuning, Hitam Kuning
Hitam Kuning, Hitam Kuning
Go Tigers, Go Tigers




Assalamualaikum

Wo wo.. Mesti korang ingat aku dok mengarut ape ntah kat atas tuh kan.. Hehe.. Tak la..
Nak tanya, korang pagi2 layan radio per?? Sinar ker Era? Kalau Sinar.fm ada abang Jem, Era plak ada pakcik aznil.. Ermm.. Bole tahan gak la depa kan..


Tapi aku lebih suka layan HITZ.fm.. Sebab per?? Entah.. Sebab lagi lawak kot.. gelagat dua jejaka gila, JJ dan Ean selalu meriahkan pagi aku.. Erk.. Itu pun kalau aku terbangun awal la..Hehe
Dan sapa-sapa yang layan Hitz.fm memang tau la depa nie slalu buat parody..  Lagu Rempit, Lagu Boss dan yang terbaru Lagu Malaysia..
Best woo.. Semangat gila bila dengar,, Dalam perjalanan nak pegi KL untuk tengok Arsenal lawan Malaysia arituh, berapa kali ntah lagu nie main kat radio.. Wahaha.. Semangat membara nak sokong dua2 team..


Nak dengar gak?? layan video jer la ek.. Aku tak reti nak bubuh mp3 lam blog.. Kalau sudi ajar la ek.. :D



Jom layan sambil nyanyi ikut lirik.. Ngeeee

Sumber: Miss Nadirah



sing by : JJ and Ean (Hitz fm morning crew parody) ft Nadhira

It’s Nadhira, what’s up JJ and Ean
Hitam kuning, hitam kuning, Go tigers!

On the pitch, they gonna leave no survivor
Black and Yellow, hello, catch the fever
Come on Malaysians, let’s make you all believers

Chorus
Hitam kuning, hitam kuning, hitam kuning, hitam kuning! Go tigers! Go tigers!
Hitam kuning, hitam kuning, hitam kuning, hitam kuning! Go tigers! Go Go tigers

Black stripes with yellow trims
I heard they scare of us cos we gonna win
We’re tiger on our chest
Can you hear us roaring
We playing our best and we will be scoring
Suzuki Cup we bag the medal from our next the medal dingle
We gonna line up like a candle
Hitam Kuning can you handle..us
All the haters can shout..Malaysians Tiger with the coach..Rajagopal

Chorus (X2)

Harimau Malaya, mengaum gagah,
Juara Malaya, Raja Asia
Lawan Diserang, tiada gentar
Mengaum gagah, lawan gentar
Harimau Malaya, dunia digegar
Yeahhhh

If you are proud of the Malaysia football team, everybody stand up with us now and get ready to sing, alright?

3, 2, 1 go!

Chorus (X2)






p/s: Nadirah yang nyanyi nie bukan itik kuning tu yer.. dan lagu nie pun tak dak kena mengena ngan dia.. harap maklum

Monday 18 July 2011

Updated Status

Assalamualaikum

DevianArt



Stasus:        Malas nak Mampos
Condition:   Otak semput tak dak idea
Mood:        Agak happy sebab baru layan wayang Harry Potter



~_~

Keadaan Aku Sekarang Yang Kronik

Aduhhh... Lemah nya badan aku nie.. Lembabnya otakku berfikir.. Berat betol tangan nie untuk digerakkan..
Ya Allah.. Berilah kekuatan kepada hamba mu yang lemah nie.. Haihhhh


DevianArt



Assalamualaikum..

Rintihan di atas tu lah  yang selalu berlegar-legar di ruang koridor hati dan fikiranku..
Ehmm.. Sejak dua menjak nie, penyakit malas aku dah membuak-buak.. Dah tak lagi aktif seperti selalu..

Kalau dulu, asal masuk jer bilik, on intenet then tros bukak blogger dashboard.. Cek kalau2 ada follower baru.. Cek kalau-kalau ada komen baru.. Cek kalau ada entry best2 dari blogger lain..  Tapi sekarang, nak bukak intenet pun malas..

Kalau dulu, sebelom tidor mesti dah plan apa yang nak dikarutkan dalam entry untuk esok hari.. Mesti pastikan yang blogger lain tak post kan entry yang lebih kurang sama dengan entry aku esok.. Maknanya, dah semakin kurang jalan-jalan kat blog orang lain, sambil ngorat anak dara dan cari pasal ngan anak teruna lain.. Sekarang, nak bukak group-group yang blogger slalu ping entry diorang pon dah malas..

Haihhh.. Apa la nak jadi ngan aku nie.. Apesal la semangat ber-blogging aku nie macam dah pudar jer?? Adakah sebab banyak tenaga aku 90% dihabiskan untuk menyorak Malaysia dan Arsenal 13 Julai yang lalu?? Ataupun disebabkan aku memandu pergi dan balik dari SP ke KL tanpa henti dan tanpa tidor yang cukup.. Ataupun aku nie semakin tak semangat taktala bilangan follower yang tak bertambah mahupun kurangnya komen-komen pada entry-entry yang lepas.. Entahler..

Munkin semua itu hanya alasan semata-mata.. Memang diakui, aku seorang yang boleh dikelaskan sebagai seorang pemalas bebal, tatapi aku rasa kemalasan aku sekarang dah semakin KRONIK..  Kalaulah ada ubat untuk hilangkan kemalasan dijual di farmasi, konferm aku beli sepapan.. Tapi malangnya, pharmasist seluruh dunia masih belom jumpa formula untuk hasilkan ubat tu lagi..

Jadi apa yang tinggal untuk aku cuba untuk lupuskan kemalasan aku nie?? Hanya lah  D.U.I.T
Doa, Usaha, Istiqamah, dan Tawakal..  Itu lah yang akan aku lakukan sekarang.. InsyaAllah, modus operandiku akan berjalan macam biasa semula.. Doakan kan aku yer.. Amin..

Sekian
Wassalamualaikum

Saturday 16 July 2011

Mataku Bersinar-Sinar

Assalamualaikum

Sebelom apa2, nnak ucapkan tahniah kat Malaysia sebab berjaya membolosi gawang Liverpool sebanyak tiga kali.. Yeah... Makin maju la bola sepak Malaysia..

Ok.. Bukan aku nak crita pasal Liverpool, sebab aku nie fan Arsenal, dan aku pegi tengok match tuh kat stadium B.Jalil.. Bole la.. ~~


Sebenarnya nak tunjuk korang iklan nie, slalu main kat tv3 .. Layanz kejapp




Wah.. Memang best kan iklan nie.. Mataku bersinar-sinar tengok iklan nie.. Hehe..
Maybe untuk korang tak kot, sebab munkin korang bukan peminat manga/anime Jepun TEGAR macam aku nie.. Dalam video tuh ada toys / figura-figura dari kartun2 yang femes di Malaysia nie.. Example nyer, Dragon Ball, Hello Kitty, Kamen Rider, Gundam, Dr Slump, Astro Boy, Doraemon dan juga member Sergent Keroro, Koperal Gururu..  HAhaha.. Best woo kalau aku pun ada koleksi macam budak lam video tuh.. Memang happy la hidup aku.. :D

Okbai.. Sayonara amigos..

Friday 15 July 2011

Najwa Latiff Dalam Iklan Hotlink

Assalamaualaikum

Korang kenal tak Najwa Latif ?? Ish2.. Wugi2.. She is a 16yo girl who has a great voice.. Way more matured than Justin Bieber ok.. Hehehe

Ok.. Kalau korang bebudak UTM , munkin korang penah tengok live performance dia kan?? Alah.. Yang Kelab Kontemporari KTHO buat sem lepas.. Hap-pening beb.. Waktu performance tuh dia bawak dua lagu jer.. Satu english satu gih mandarin.. Mantopp seyh.. So talented..
Dia nie sebenarnya awek imaginasi gua yang ke 115.. So gua memang rapat ngan dia beb..

Yer yer.. Aku bohong.. Astagfirullah.. Sebenarnya dia ada blog jugak.. Check it out..KLIK banner ok



Korang penah tengok tak iklan Hotlink yang paling latest kat tb? Cer perhati elok2.. Ada sapa lam tuh??



Yer.. Ada Najwa Wawa..haha.. Sesuka ati bagi nickname kiut camtuh.. Dia ada satu ayat jer..
BE HEARD.. Maksudnya buat bising biaq orang dengaq..Kah kah.. Orait aku silap translate.. Korang translate sendiri la yer..

Layan lagu baru Wawa.. Best woo..

Sekian ,dari stalker/blogger yang berjaya (insyaAllah)

Wassalamualaikum

p/s: weh.. kakak dia pun lawa..nak ngorat??

Monday 11 July 2011

Sebab BERSIH, Polis Dibenci

Assalamualaikum

Sebelom ketibaan Harry Potter kat pawagam Malaysia nie, ase-ase isu BERSINH nih la yang paling hangat?? Ker isu nie?? Korang pilih sendiri yer.. No komen pasal benda2 tuh..

Tapi, ada satu benda ja aku nak komen pasal BERSIH nie.. Korang join ker?? Alhamdulillah la tak join.. Bukan menghalang atau kondem ke ape, just rasa macam buang masa+duit+ tenaga jer pegi pehimpunan tuh.. Aduyai..
Yang tak pergi mesti curios kan pasal apa yang jadi hari tuh.. Mesti kita cari video-video yang latest, yang HD gituh, nak tau update pasal BERSIH nie kan.. Ooohh.. Aku pun cari gak.. First video aku tengok, membe aku yang post kat fb..

Memang geron beb.. Cam orang naik gila pon ada gak.. yang best tuh bila polis sergah "ORANG SUWOH JALAN, JALAN la !! ".. Mesti ladies2 ssumer tuh tekejut kan.. Hehe



OK lah.. Sebenarnya, aku nak komen la kan, bila korang tengok video2 atau gambaq kat intenet, korang rasa boleh blah konklusi penuh ker pasal bersih nie.. Bukan apa, just aku tengok ada la lima enam orang membe fesbuk aku dok marah2 kerjaan, marah TV1,2,3,7,8,9 , marah semuanya yang da kaitan ngan kerajaan.. Aku tak kesah sangat, tapi yang korang nak marah lebih-lebih kat POLIS tu pehal??
Nak tanya la.. Korang keja polis ker? Ada saudara mara jadi polis? Mak bapak korang polis? Keluarga polis?? Kebanyakan akan jawab takkan.. Senang crita, banyak dari kita tak tau apa yang sebenarnya para POLIS ni hadapi sebab BERSIH nie.. 

Aku?? AKu anak seorang pegawai polis di Sungai Petani.. Ok?? Mesti korang fikir, "alah dok sungai petani, tak kena mengena".. Korang salah  ler.. Ayah aku la yang bertanggungjawab mengatur dan mengerahkan anggota-angota polis kontijen Kuala Muda/Yan untuk dihantar ke KL..

Yer yer.. Memang diakui , kalau korng tengok video kat youtube tuh, nampak cam banyak jer polis yang ganas kan.. Siap tembak gas pemedim mata kan.. Ok cuba fikirkan.. Korang rasa POLIS nie suka-suka ka nak berkasar ngan orang awam..?? Kadang2 yang peserta BERSIH tuh yang buat terhegeh-hegeh, meracau macam hilang kal.. So, untuk keselamatan orang lain jugak, POLIS tuh tangkap la dia, tenangkan dia..

Kalau korang kata polis nie jahatla, takkan la semua yang diatangkap tuh disediakan makanan buffet, disediakan tempat semayang yang selesa?? Pikirlah sendiri yer..

Ermm.. Maybe ramai yang tak setuju ngan aku, tapi tak kesah la.. Ini hanyalah pandangan dari seorang anak polis yang melihat ayahnya sibuk dengan PEM-BERSIH-AN  nie..



Lusa, ayah pegi KL, ada meeting.. Maybe pasal bersih la kot.. I dun know.. Never ask..
Aku plak, lusa pegi KL gak.. Tengok arsenal lawan Malaysia.. HAhahahha..

Sekian.. Wssalamualaikum.. :D

Sunday 10 July 2011

Aku Dah Bersedia Nak Terjah.. Lets go !!

Assalamualaikum..

Erk.. Bukan nak terjah perhimpunan kebersihan aper-aper ek.. harap maklum..


Seperti yang aku tahu dan segelintir dari korang tahu, aku da join satu segmen Blogger Nie.. Ermm.. Ramai orang kata dia femes.. Erm.. Betol la kot.. Aper per je la.. Mengarot sudah..

Ok.. Skrang baru aku nak terjah sumer penerjah blog aku nih.. Tambah lagi yang tak menrjah blog aku dengan harapan diterjah kembali.. Keterjahan mutlak.. Haha..

Sori la yer tak terjah cepat2.. Bukan aper.. Segmen tuh kan baru tutup.. Aku slalunya tunggu segmen tutup luh, baru bleh tengok full list.. Dan pukul 1030 tadi baru sampai umah amik adik kat tuisyen.. Pastu buka blog layan isu NIE plak.. Hehehe..

Orait.. Jom terjah samer-samer.. Nak follow 20 blog la arinie.. Doakan aku yer...

Lets Go !!
Wassalamualaikum

Senja Yang Malap

Assalamualaikum



Ok.. Aku takmao buat hangit ker ape ker.. Just nak kongsi skit benda kontroversi skang nie..

Isu nih masih dalam keadaan vapour, payah nak nampak kebenarannya lagi.. Betol atau tak kita tak dak kuasa nak tentukan,,, Biarlah dia dan Allah jer.. Kita?? Tengok kat tepi jer..Kalau boleh jangan nak kebaboom kan benda nie..

Isu aper?? X yah tau.. Layan jer gambar tuh.. Kalau tau, dok senyap2.. Nanti jadi cam isu Evans Milano plak..

Ciao
Wassalamualaikum

Singgah blog aku sat , bleh ?

Assalamualaikum

Dah lama aku tak menyibukkan diri join segmen BA nie.. Hehehe..
So, segmen kali nie Abe Ben kata memang khas untuk blogger baru cam aku nih.. Aku pun join jer la ek..

KEHENSEMAN DIA MEMANG TERSERLAH..HAHA
Hah?? Nak join gak.. Ermmm.. Boleh, picit jer hidung abang Ben tuh.. Sonang jo..



Erk.. Kepada yang bertandang ke blog nie, jangan segan2 malu2 nak tour blog nie ok.. Entry hangit ada kat tepi kanan tuh, yang len2 kena jengok lam archieve ok.. hehe.. Selamat jalan-jalan..

Sekian

Wassalamualaikum

Saturday 9 July 2011

BERSIH kepala lutut kaki kiri kau tu dulu

Assalamualaikum

Sekali lagi, Blogger kontreversi yang memang OTAI telah membuat satu entry ringkas dan padat , tapi berjaya membuatkan aku tergelak seorang diri di tengah-tengah  malam nie..

Lensa rosak plak.. Kena tukar baru.. Ngehh


Memang best.. Opps.. Just to clarify things out, I am not leaning to either sides.. I don't support BERSIH nor againts it.. I am perfectly neutral, hypothetically speking.. Halamak.. Ter-speaking BI plak.. I' m Sorry.. Hehehe

Ok.. Aku cuma nak kongsikan entry yang lawak tu jer.. Layan.. Hehehehehe

Beri perhatian yang gambar #2 tu ok..Hehehe

Friday 8 July 2011

Demonstrasi BERSIH 2.0 Diharuskan ??

Assalamualaikum

Esok 9 Julai 2011 akan diadakan satu perhimpunan besar-besaran di ibu kota negara Malaysia.. Fuhh..
Excited ..XD



Smalam adik aku yang sekolah kat SESERI dekat ngan PWTC telah dipaksa balik.. Baru aku tahu yang semua sekolah di dalam kawasan ibu kota perlu ditutup dan diberikan cuti free.. Erk.. Menakutkan plak..

Ok..  Back to the main topic.. betol ker demonstrasi ini diharuskan.. Opps.. Bukan aku saja2 nak cakap ok.. tapi aku ada baca satu entry kat blog Imam Muda Asyraf passal benda nie.. Korang nak baca gak klik kat gambar bawah nie.. Layan video tuhh tau..



Ok.. Dah tengok?? Camner?? Ada pandangan tak.. Aku pun neutral lam hal nie.. tak kesah asalkan tak dak kecelakan berlaku..

Yang pergi perhimpunan tuh esok, semoga selamat yer.. Selamat jugak dari membuat benda-benda tak senonoh dan bahaya ok..  Have a break have a kit kat Ok..
Baca ENTRY nie ok.. Memang tergelak.. kah kah

Funny Friday # 5

Assalamualaikum

Pekabo kome?? Sehat?? Awak sehat jer.. Walafiat..

Hari nie teman nak kongsi gambo lawak la plak.. Layan jer la..




lalalala.. ~~



Tit tot tit tot.. Lampu kat dada dah menyala.. Tenaga dah down.. So naik basikal jer la, save enerhy skit.. Hehehe

Emotional / New Model

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak nie aku jadi emo satu badan.. Tak tau pasaipa..
Kesabaran aku selalu diuji oleh ketidaksabaran orang lain.. Aduyaii..
Jangan sampai aku meletop sudeyh..



Jadi, disebabkan takmao emo lagi dah, smalam aku pegi beli satu model kit gundam baru.. Hahaha.. 
Daripada dok makan hati, baik aku siapkan model nie.. 

Nie la model baru aku


Setakat nie dah dua model kit aku siapkan.. Memang best kot bina model kit nie..
Memang puas bila dah siapkan.. :D

Dua model yang dah siap.. Macho kan..


Aku ingat nak buat customization sendiri la untuk model nie.. Maybe cat lain kot.. Ermm... tengok la dulu camne.. Kena cek duit poket dulu..

Sekian.. Wassalamualaikum

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More