LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 25 July 2011

Mahu Hapus Islam Di Eropah

SUNDVOLLEN (Norway): Lelaki yang dituduh menembak mati 85 remaja di perkhemahan belia dan membunuh tujuh yang lain dengan bom kereta di Oslo, menyiarkan rakaman video di YouTube, menyeru golongan konservatif melancarkan perang salib, enam jam sebelum serangan itu.
Anders Behring Breivik memuat turun rakaman video itu menyeru serangan terhadap umat Islam, dengan rakaman menunjukkan dia memakai pakaian selam tentera laut sambil mengacu senjata automatik, beberapa jam sebelum melakukan pembunuhan yang mengejutkan itu.

Brevilik post nak cari pasal.. Caitt


Dalam teks video itu dia menjelaskan rancangan serangannya, dengan menulis: ‘Saya akan memakai uniform pegawai polis. Ia pasti menggerunkan kerana orang ramai akan terkejut.’

Dalam dokumen setebal 1,500 halaman, dia menulis bahawa ‘terdapat situasi di mana kekejaman adalah perlu’ dan lebih baik membunuh terlalu ramai daripada tidak mencukupi’.

Sumber polis memberitahu media bahawa Breivik mengaku memuat turun video itu untuk meluahkan pandangan ekstrimnya sebelum serangan itu.


Breivik adalah anggota kumpulan Freemason di Oslo dan mempunyai hubungan dengan Liga Pertahanan Inggeris (EDL).

Dalam satu tulisan, dia menulis: “Saya sudah berbincang dengan EDL dan menyarankan mereka memengutamakan strategi dalam berdepan dengan kebangkitan Islam. “Taktik EDL adalah untuk menarik reaksi berlebihan pergerakan jihad Islam dan pelampau fahaman Marxis.

Rakaman video 12 minit yang bergelar ‘Knights Templar 2083’ turut dilaporkan muncul dalam halaman Facebook Breivik yang sudah ditutup.



Berita lanjut
HARIAN METRO




p/s: MasyaAllah.. Sampai nak perang salib ngan Islam nie pe hal...



3 membebel dan merepek:

tu perang yg nampak.
perang yg tak nampak? fuuu~~
lagi gerun weyh..

dia nak wujudkan balik permusuhan yang nyata. dashyat tol

Sergent: dasyat2.. mmg dasyat.. klu dia serang malaysia ko kerahkan 100crew ko tuh gent..hehe


Apel: menakutkan.. scary thoughts..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More