Assalamualaikum
Jam laptop ketika ini memaparkan waktu 2:17 a.m... Amboi.. Lambat nya tido.. Esok kuliah stat pukul lapan.. First day tuh, takleh la masuk kelas lambat.. Nanti lecturer dah mark, susah plak nak bodek dia nanti.. Erk.. Niat kena betol ek.. Belajar kerana Allah, bukan sebab nak ngorat lecturer.. Hehe..
Patutnya, penuntut-penuntut Universiti seluruh negara (degree) telah pon memulakan sesi pengkuliahan pada hari isnin (14 Syawal).. Tapi, untuk kelas aku, hari Isnin free.. Tak der kelas.. Jadi, untuk mengeratkan hubungan
silatrurrahim antara rakan sperjuangan semua setelah empat bulan berpisah, kamilah pergilah ber-ronggeng.. Aktiviti yang dilakukan: main bowling, shpping and tengok wayang.. Eyhh.. Laki pon shopping okeyh..
Nak ringkaskan jer, sebab ada benda penting nak citer perenggan seterusnya.. Main bowling waktu petang kat tebrau, lepas tuh shopping kejap kat jusco tebrau, then sambung tengok wayang,
Hantu Bonceng..
Main body entry nie ada kaitan la ngan citer wayang yang aku baru tengok tadi.. Nak pandangan professional pasal filem nie, bukan sini la tempat nya.. Sini komen pedas-pedas bleh la.. Ermmm... Ikut kan hati aku, citer nie best la.. Banyak lawak.. Agak seram bagi sapa-sapa jiwa kecil tuh... Tapi aku tengok wayang tadi dengan penuh rasa kebencian dan kesedihan.. Sob sob.. ;[
Sepanjang sejam lebeyh wayang nie, ada la jugak diterapkan nilai-nilai Islam.. Tapi, nilai Islam itu dilakonkan dengan cara yang begitu sambil lewa, seolah-olah diperkotak katikkan... Okeyh contoh, ada satu scene nie, watak Halimaton (jue aziz) tengah sedeyh sebab amran(zizan ml) men ngan pompuan lain.. Member dia, Mimi pon dengar la rintihan dengan penuh prihatin dan kasih sayang.. So gula-gula gituh.. Sbelom mimi kluar ngan balak dia, ada la dia nasihat kan Halimaton "
be strong ok.. X nak sedeyh2.. Jangan lupa solat tau"...
Perghhh.. Macam bagus gila kan Mimi nie.. tapi, bila dia sebut gituh, satu wayang tergelak.. Pelikkan?? Sebabnya, Mimi tuh minah rempit/bohsia... Tak pakai tudung, baju lengan takdak, pakai skirt + legging, duduk serumah dengan balak yang bukan muhrim...
Alah, mesti ada setengah orang akan cakap, "kira ok la tuh Mimi bagi nasihat macamtuh, ingat jugak Allah".. Wei, bayang kan kalau Kak Wardina, or Irma Hasmie yang cakap camtu kat Halimaton, korang ingat wayang tuh akan gelak berdekah ker?? Tak der nyer.. Konferm ahli wayang akan amik serius benda nie.. Sekurang-kurang nya ada la jugak kesan kat audience.. Ini tak, macam Islam tuh dibuat-buat untuk menjadi bahan ketawa... Astagfirullah.....
Aku setuju la dengan ustaz yang kluar tv3 Jumaat lepas (al-kulliyah), kalau nak filem Malaysia nie bebas unsur2 barat dan kotor nie, bagi para ulamak dan alim agama tapis dulu.. Kalau difikirkan sesuai, maka dibolehkan untuk dipasarkan.. Entahla, cakap kadang-kadang terlampau senang, tapi kalau sokongan tak dak, tindakan tak dak, benda takkan jadi punyer..
Maaflah, tertulis panjang.. Maklumlah, dah lebeyh 36 jam tak update.. Idea skali timbul, kena la tulis puas-puas.. Hehehehe..
Sekian dulu... Renung-renungkan, dan selamat beramal...
Adios minna san
Wassalamualaikum
p/s: insomnia la plak.. adeiii.. Nak lepak N24, member suma dah tido.. kahatamkan komik conan no 71 lah.. Ayuhh