LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 29 May 2011

Sergeant Keroro tanya apa hobi anda !!

Assalamualaikum
Katak-Katak Comel & Jahat.. Skudush!!

Sergent Keroro gelak jahat dengan plan nyer yang terbaru untuk menyerang dunia..

Jangan nanti kau plan serang aku waktu aku tengah berhobi sudah la yer.. Aku karate perut kau..
Ehmm.. Nak crita pasal hobi aku nie banyak sangat.. Tapi aku ambik yang paling aku suka la yer..

Korang tau dak "Gunpla" itu aper??
Tak tahu.. Biasa la tuh.. Kat Malaysia benda nie masih lagi tak se-femes seperti di Jepun.. Sebenarnya Gunpla ini adalah ringkasan bagi "Gundam Model Kit Building"(ntah betol ke tak, hentam jer sbenarnyer nie) atau dalam bahasa melayu nyer pembunaan model kit gundam.. Gundam pun tak tahu.??. Search la google yer..

Hobi nie merupakan hobi yang mahal kerana kos nya boleh mencecah lebih RM100 untuk satu unit saiz biasa.. Dan yang paling mahal penah aku tengok adalah yang berharga RM1500++
Kenapa aku suka hobi nie?? Sebenarnya aku sukakan proses pemasangan model kit nie.. Selalunya Gunpa Builders Professional akan mengolah hasil kerja mereka dengan mengikut kekreatifan mereka sendiri.. Warna, bentuk, dan design yang berlainan akan diaplikasi kepada kit merka, dan jika bernasib baik, model itu akan mendapat paten nya sendiri dan dikeluarkan oleh kilang BanDai secara besar-besaran.. Hebat kan..?

Jangan ingat hobi yang suka-suka tak boleh hasilkan duit.. Kena berusaha sikit ler..

Sekian.. Wassalamualaikum

p/s: nak sambung bina model baru aku, Exia Avalanche.. Wachaa!!



2 membebel dan merepek:

hahaha.

memang kipas susah mati gundam sejati!

thanks join! =)

kipas auto yang on sendiri bila dah matikan.. haha

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More