LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 31 May 2011

Lisa Surihani Kena Marah.. Aduss !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Disebabkan Lisa Surihani penah datang jengok blog aku nih, aku nak tulis skit pasal awek artis feveret aku nih..
Tak pecaya yang dia penah singgah sini? Klik sini tengok..Hehhh !!

Gamba aku tangkap kat Google la.. (^^)..

Semalam Lisa Surihani ada buat satu session chat ngan peminat-peminat kat FB kat page DZMS Training.. Try la tengok.. Ramai kan yang post tehegeh-hegeh nak mintak reply dari Cik Lisa kan.. Aku tak join ok..

Korang ingat dia nak baca satu-satu and then reply ker?? Agak-agak der.. Lagipun dia dah bagitau awal-awal yang dia akan layan selama 30 minit jer.. Dan waktu tu pun dah dekat tengah malam.. So dia pun kena la tido awal, nak jaga kecantikan.. Kang dia tak lawa peminat marah lak..Adess.. Layan gambar nie kejap
Oops.. Sembang Kemass termasuk sekali.. Hehehe.. Promote jer..

Cik Lisa Surihani dah dikira artis yang baik dan peramah tau, layan fans dia kat fb yang beriban tuh.. Simpati sikit der.. Chillex.. Tak payah marah-marah..Bukannya dia tak reply lansung..

Ada ker artis tanah air yang open macam cik Lisa nie?? Aku pon tak tau sebab aku add cik Lisa jer..Hehee..

Kesimpulannya disini, janganlah korang marah awek pelakon feveret aku tuh.. Dia baik woo..
Masakan kita yang tak sepopular dia pon tak reply membe-membe post kat wall kita, ini kan artis femes cam Lisa Surihani..

Fikir-fikirkan, renung-renungkan, dan selamat beramal..

Sayonara amigos..
Wassalamaualaikum

Syukur Alhamdulillah !!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Yahooo!!! Iklan adverlets yang aku letak kat atas ngan tepi tuh dah bagi dua kupang(dua puloh sen).. Hahhaha..
Bole la bli cokelat kopiko empat bijik..

Syukur  Alhamdulillah ...



Esok nak cek out lah.. Lalalalaala...
Len kali singgah rajin-rajin la tekan yer.. Arikato Kozaimas..

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Wazzup..!!

Nak join segmen abang BenAsh lagi lah..
Nak join klik kat sini ok..

Aku tak hisap rokok tapi membe aku ramai yang hisap.. So??

Monday 30 May 2011

Lisa Surihani Datang Blog Aku !!

Assalamualaikum

Wahahaha.. Tajuk memang tak boleh belah kan.. Tapi aku tak tipu la.. Siyes kowt.. Tak caya tengok screenshot kat bawah nie..


Kalau tak pecaya jugak try scroll kat shoutbox tuh.. Kalau ada lagi ler.. Hehehe

Sebenarnya Lisa nie ada blog sendiri jugak.. Check it out.. Devilish blog..Scary woo..  Sapa yang lemah semangat tuh takyah la tekan yer..

Dah tekan?? Maaf lambat bagitau..

Wassalamualaikum..
Sayonara amigos.. (^^)

Sunday 29 May 2011

Sergeant Keroro tanya apa hobi anda !!

Assalamualaikum
Katak-Katak Comel & Jahat.. Skudush!!

Sergent Keroro gelak jahat dengan plan nyer yang terbaru untuk menyerang dunia..

Jangan nanti kau plan serang aku waktu aku tengah berhobi sudah la yer.. Aku karate perut kau..
Ehmm.. Nak crita pasal hobi aku nie banyak sangat.. Tapi aku ambik yang paling aku suka la yer..

Korang tau dak "Gunpla" itu aper??
Tak tahu.. Biasa la tuh.. Kat Malaysia benda nie masih lagi tak se-femes seperti di Jepun.. Sebenarnya Gunpla ini adalah ringkasan bagi "Gundam Model Kit Building"(ntah betol ke tak, hentam jer sbenarnyer nie) atau dalam bahasa melayu nyer pembunaan model kit gundam.. Gundam pun tak tahu.??. Search la google yer..

Hobi nie merupakan hobi yang mahal kerana kos nya boleh mencecah lebih RM100 untuk satu unit saiz biasa.. Dan yang paling mahal penah aku tengok adalah yang berharga RM1500++
Kenapa aku suka hobi nie?? Sebenarnya aku sukakan proses pemasangan model kit nie.. Selalunya Gunpa Builders Professional akan mengolah hasil kerja mereka dengan mengikut kekreatifan mereka sendiri.. Warna, bentuk, dan design yang berlainan akan diaplikasi kepada kit merka, dan jika bernasib baik, model itu akan mendapat paten nya sendiri dan dikeluarkan oleh kilang BanDai secara besar-besaran.. Hebat kan..?

Jangan ingat hobi yang suka-suka tak boleh hasilkan duit.. Kena berusaha sikit ler..

Sekian.. Wassalamualaikum

p/s: nak sambung bina model baru aku, Exia Avalanche.. Wachaa!!



Rambut Idaman Lelaki Sejati

Assalamualaikum

Rambut Idaman Lelaki termasuklah diri si penulis nih..
Setuju atau tak, sila lah komen.. 

1. Afro
Bak kata Luffy dalam Budak Getah: " Kuasa Gaya Rambut Letupan "

2. Dreadlock
Bob, membe aku

3. Punk
Sesuai untuk sapu sawang kat blog nih

4. Botak Licin
Die Hard betol mamat nie.. Nasib hensem

5. Fesyen K-Pop  
Bukan citarsa aku la yer.. Sorry

6. Rambut Wolverine 
Serius Cute.. (^^)

7. Super Saiya
Korang x penah mengidam nak buat rambut camnie? Tipulah

Sekian
Wassalamualikum

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

Muka ganas hati ada taman.. Hehe

Assalamualikum
Hari nie aku ketandusan idea.. So kalau ada orang buat segmen, aku join jer lah.. 
Nak join segmen Ben 10 nie, klik kat sini jer.. Senang..

Permintaan Luar Biasa

Assalamualaikum wbt

Dah dua hari aku tak buat entry baru.. Adess..

Skrang nie kan cuti sekolah.. Dan sudah pastilah rumah kita akan selalu dikunjungi oleh pakcik dan makcik yang muka macam nak merompak.. Kalau budak-budak yang bukakkan pintu, mesti mereka akan bertanya, "Mak Ayah hang ada rumah tak?" .. Pergh.. Kalau silap jawab boleh kena siku kat perot woo..

Sebenarnya pakcik makcik muka legend nie slalunya cuma nak jemput mak bapak kiter pegi kenduri kawin anak mereka jer.. Akan dihulurkan kepada kita sampul yang dalamnya diisi dengan kad jemputan yang telah disembur fabreeze.. Bau nye memang melekat lah!!

Sebenarnya apa yang aku nak tuliskan dalam entry nih adalah permintaan luar biasa dari pihak perempuan kepada pihak lelaki yang pernah aku dengar.. Kalau permintaan ini tak dapat dipenuhi, maka terlepas lah hajat si lelaki untuk mengahwini perempuan tersebut..

Antara permintaan-permintaan tersebutt ialah

1. Permintaan yang sama dengan puteri gunung ledang.
2. Mesti ada kereta Ferrari Enzo kaler kuning stripe hitam rim 18.
3. Laptop 2 bijik siap pasang grafik kad AVI ngan RAM 3G buat habuan mak bapak pengantin pompuan main dota.
4. PS3 ngan TV LCD HD untuk adik-adik pengantin pompuan yang masih kecil
5. Kenduri besar-besaran di Istana Budaya
6. Persembahan artis-artis popular sewaktu kenduri termasuklah Eminem dan Dafi Baik  
    Punyer

Sebenarnya nie cuma entry merapu ikan kerapu masak cili pedas dari aku.. 

Tapi kalau ini adalah realiti dan terjadi kat aku, memang sampai bila-bila pun aku tak mao kahwin..

Wassalam..

Thursday 26 May 2011

Antara Aku , Seekor Panda , dan Sebuah Gundam

Assalamualaikum wbt

Hari nie panggung di seluruh Malaysia mula menayangkan sebuah filem animasi aksi sensasi, Kungfu Panda 2..
Kepada sapa-sapa yang suka action animation, lawak jenaka, dan kungfu memang digalakkan untuk tengok filem nie.. Cambest punyer.. Watak Po(Jack Black) semakin berkembang, dan mungkin juga ada bibit-bibit percintaan antara Po dan Tigress( Angelina Jolie).. Musuh mereka kali ini adalah sekumpulan serigala jahat dan buruk merak.. Dan filem ini jugak akan mendedahkan asal-usul sebenar Po..


Hari nie juga merupakan hari bersejarah untuk aku, sebab pertama kali tengok wayang dalam 3D.. WWWOOW.. Memang hebat.. Tapi agak memenatkan mata.. 
Dan sebelom filem bermula, ada trailer Transformers dimainkan, dan ianya dalam 3D jugak.. Memang real.. Rasa macam kita tengah cakap dengan optimus Prime, face to face..

Lepas jer habis wayang, aku meneruskan dengan misi aku hari ini, iaitu aku nak angkat satu model kit Gundam.. Cop cop.. Aku bukan budak-budak yer.. Hobi mengumpul model kit gundam nie adalah hobi yang mahal .. Bayangkan satu model kit saiz standard boleh mencecah harga RM 150++ ..
Duit yang aku simpan berbulan-bulan akhirnya aku belanjakan untuk beli model kit nih.. Hehe..
Nie ler model yang aku beli. Cun tak?


Monday 23 May 2011

CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI

Buzz. Buzz.. Goyang kepala goyang goyang..Buz.. Buzz

Bro Wacana: Sapa plak telefon aku malam-malam nih? Mengacau betol la..  Tengah layan Sudirman Cup nih..

SK: Wei.. Lu langsi lu mati..

Bro Wacana: Eh?? Apehal kau ni mamat? Nak promote cerita kongsi ker??

SK: Wei.. Lu diam.. Esok lu bawak membe-membe lu, gua bawak membe-membe gua, kita jumpa kita settle..Gua tak puas hati ngan lu.. Semalam lu lawan ngan gua, lu menang nasib aja tau..

Bro Wacana: La.. Kau ni mamat semalam tu ka?? Tak puas hati? Nak rematch? Tak dak hal.. Aku terima jer.. Kat mana nak jumpa ? Bila masa?

SK: Ok fine.. Esok lepas sekolah dekat stesen tren ERL..

Bro Wacana: Apasal nak lawan kat stesen tren, tak tempat lain ka??

SK:  Lu banyak cakap pulak.. Kalau takut cakap la.. Gua ada tuisyen petang tu.. Kena balik sebelum asar..Adeyaii.. Banyak songeh pulak lu nih..

Bro Wacana: Eh eh.. Rajin pulak kau nak pegi tuisyen ek?? OK.. Tak dak masalah.. Aku bawak membe aku, kau bawak membe kau.. Jumpa esok.. Cau cin cau ar..

Keesokkan harinya..
Kedua-dua kumpulan pelajar ini bertemu ditempat yang dijanjikan, berdiri bertentagan antara satu sama lain.. Tiada apa yang diucapkan antaa mereka, hanya bunyi tren ERL yang laju melalui sebelah mereka.. Setelah gerabak terakhir pergi meninggalkan merka, ...

Woushh.. Laju sungguh tren ERL nih..

SK: Wei lu.. Tau tak brapa lama gua tunggu lu kat sini? Lu kasi gua panass jer.. Adeyaii..

Bro Wacana: Kau rilek la.. Kelas PAFA Uztazah Sunah Mohammad habis lambat tadi.. 

SK: Whatever.!!. Lu dah sedia ka nak lawan gua? Ni ja membe lu? Macam Geng Bas Sekolah ja gua tengok..

Bro Wacana: Geng bas sekolah? Kurang ajar betol la mulut kau.. Korang tak kenal sapa kami.. Encik Bedak Sejuk, Sergent Keroro bagitau skit sapa kita..

Encik Bedak Sejuk: OK boss..Sergent Keroro, kau bagitau la

Sergent Keroro: Aku plak.. OK2.. Kami ni tiga orang dah lama pegang takhta kat sekolah kami tu.. Dah tiga tahun tak sapa pun berani lawan kami.. Stakat Serizawa dari Suzuran tuh kami belasah senang-senang jer.. Hehhh

SK: Owh.. Lu orang ingat lu orang kuat sangat.. Gua, Chegu Zubir ngan Dzuandiey, 3 orang kami dah pegang kawasan Hulu Selangor tu tau dak.. Bulan depan kami nak cabar Ketua Kampung Baru pulak.. Setakat Geng Bas Sekolah macam lu orang, kacang putih aja..

Bro Wacana: Ala kau ni.. Cakap banyak pulak.. Dah sedia ker belom.. Jom arr.. Gua dah tak tahan ni..

SK: Mai arr.. Gua dah lama sedia.. 

Perlawanan antara mereka pun bermula..

Bro Wacana: Nah !! Amik kau.. Mampos la kau lepas ni

SK: Cis.. Ambik balik.. Hah.. Ada bran? Mai la..

Bro Wacana: Brani kau.. Takpe.. Aku bagi pulak nih..


Chegu Zubir&Dzuandiey: Habiskan Bos !!

SK: Amik kau.. Sapa suruh tak makan.. Aku tarik..

Bro Wacana: Aduyai.. Tak nampak la pulak..

Chegu Zubir&Dzuandiey: Hahaha.. Bengong.. Kata champion skolah..

Sergent Keroro: Rilek lu.. Baru satu askar buah kena makan.. Wei.. Bos kitorang nie champion la, wakil sekolah Dam Haji tiga taun beturut-turut.. 

Chegu Zubir: Bos gua lagi power la der.. Pakcik-pakcik kat kedai kopi kampung gua tu semua dah kalah lawan Dam Hajji ngan bos gua.. Blah la lu..

_________________________________________________________________________________
Itulah al-kisah nyer.. Perlawanan Dam Hajji antara dua kumpulan ini diteruskan.. Sapa yang menang? Itu kita tak tahu.. Kalau nak tahu, tanyalah mereka sendiri..
_________________________________________________________________________________

p/s: Semua ni adalah rekaan semata-mata.. Jangan amik hati ngan penulisan aku nie yer.. Sapa nak lawan champion Dam Hajji, boleh la datang UTM, jumpa pengurus U-Team, Paob Mahadzir..

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI

Assalamualaikum

Nak join segmen abang ben ni lah.. Simple jer.. Kalau nak join jugak klik kat sini..

Cara nak join ...
  1. Buat satu entri.. letak header ben ashaari blog ..
  2. Tajuk SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI dan linkkan ke entri ini ...
  3. Tinggalkan url entri korang beserta NAMA PENA BLOGGER korang di ruangan entri ini .. tu jer .. hehehe .. 
    Klik sini untuk join
     
;) terima kasih ... TUTUP JAM 2 PETANG ..

Aku Bukan Peminat Manchester United

Assalamualikum w.b.t


Aku nak bagitau awal-awal, aku memang tak suka ManU.. 
Sebab aku nie die hard  fan Arsenal.. Tahun ni ManU menang Barclays Premier League.. Tahniah la..


Dan aku jugak nak ucapkan tahniah kepada Blackburn, Wolves dan Wigan 
sebab selamat daripada relegasi..
Takziah pulak pada Birmingham, West Ham dan Blackpool sebab terpaksa bermain dalam 
Division Satu season depan..

Tahun depan Arsenal akan comeback..Walaupun aku dah cakap macamni untuk 4 tahun.. Sighh ..


Wassalamualikum

Sunday 22 May 2011

Maaf. Gua Tak Layan Benda Tu !!

Assalamualaikum..

Hah.. Benda apakah?? 18sx ker.. Ish ish.. Itu lagi la aku tak layan.. Berdosa tau.. 

Sebelom nie aku ada buat satu entry pasal tiga orang mamat nih.. Nak baca tekan SINI..

Nak dijadikan cerita, ada la sorang pembaca nie, komen pasal entry tuh.. Dia tulis lebih kurang macam ni la:
        ...cis tertipu.. ingatkan FT island..haha....

Aku pun balas la: .. FT Island tu sapa ??
Dengan rasa igin tahu yang membuak-buak (ok bohong jer) aku pun search la kat google pasal "FT Island" nie.. Curious..

LOL.. Gambar nie yang kluar..

The Jambus Boyz
Laa.. Band Korea rupanya... Adess.. SORRY la der.. Aku tak layan K-pop nie.. Kalau M-Pop macam 24:7 ker, Gula-Gula tuh aku layan ler.. EWWWW... Geli geleman aku cakap camtu.. Hehehe

Zaman sekarang ni, memang banyak rakyat Malaysia yang layan K-pop.. Apa yang best aku pun tak tau.. Bila tanya kat membe-membe, yang laki kata diorag tengok sebab perempuan Korea ni lawa, nyanyi gedik-gedik, tanya kaum hawa pulak, diorang suka tengok mamat-mamat korea yang hansem jambu tuh.. sighh..

Tapi bukan untuk aku la.. Not my taste ok.. Aku lebih prefer J-pop.. Sebabnyer aku nie kaki DVD anime Jepun, jadi apa yang artis Jepun tuh nyanyi boleh la paham-paham skit.. Layan la jugak..

Feveret Band.. K-ON

Kesimpulannya, semua orang ada cita rasa nya masing-masing.. Nak faham kan pasal cita rasa nie, pegi la tengok video Anwaq Hadi.. Promote la pulak.. Adeyaii..

Sayonara amigos..

p/s: yang pengkomen entry lepas tu follower terbaru aku.. Mekasih layer sebab add..hehehe

Saturday 21 May 2011

The Lonely Island : Lawak Alaf Baru

Assalamualaikum

Korang kenal tak mereka nie?
Tak kenal? Yang tengah tu penah belakon dalam filem Kick-Ass ler..
Yang lagi dua nerd tuh penah belakon jugak, tapi aku tak ingat filem mana..

 Yang sebenarnya, 3 orang ni ada satu muzik band, TheLonelyIsland
Tak penah dengar? Memang ler..Band diorang ni bukan mainstream macam U2 atau Maroon5
Genre muzik yang diorang bawak adalah Funny Music
OK.. aku reka sendiri genre tuh.. Tapi music diorang memang lawak, tapi ada sedikit kandungan 18sx yang tak keterlaluan..

Diorang nih sebenarnya pelawak tegar..
Lirik diorang kalau tak dengar betol-betol memang tak faham la..
Tapi aku memang respect la, band diorang diiktiraf sampai dapat grammy nomination tahun lepas.. Menang ke tak aku pun tak tau..

Korang boleh check out video diorang kat Youtube, search jer The Lonely Island
Banyak artis-artis popular yang join venture buat video ngan diorang, eg: Rihanna, T-Pain, Nikki Minaj, Akon dan banyak lagi..
Memang seronok beb tengok video diorang

Nie aku kasi la korang tengok satu video

Wassalamualaikum.. Cau cin cau ar..

Friday 20 May 2011

Jangan Buang Resit ATM Anda !!

Assalamualaikum..

Dah tengok Maharaja Lawak? Belom? Same la kiter.. Nak kena tunggu esok baru kluar download link kot..
Download katne? Try klik  sini ok..

Ok.. Kembali serius.. 
Aku tulis tajuk nie sebab aku nie baik hati.. Tadi ada baca satu info kat intenet, tajuknya lebih kurang, tapi dalam English.. Ni kira aku dah translate and ringkaskan la yer..

Kebenaran atau kesahihan cerita ni aku tak boleh nak pastikan.. Cuba investigate sendiri..

Alkisahnyer..
Adalah seorang awek nie, baru kluar duit dari ATM.. Cam biasa, dia print kluar resit, tengok kejap pastu buang dalam tong sampah dekat situ.. Tak da apa-apa yang pelik pon..

Selang dua tiga hari, dia pegi la kluarkan duit lagi nak isi minyak kereta, tekan-tekan mesin ATM tuh, katanyer tak cukup baki nak kluar RM20.. Awek tu cek la baki.. Tinggal RM 11 jer.. Aduyai...

Itu lah flashback nyer..

Menurut pihak bank, skrang ni ada satu sindiket dimana mereka ini akan mengutip resit-resit ATM yang telah dibuang dan menggunakan kepakaran mereka dalam dunia IT untuk withdraw duit dari pemilik resit-resit itu..
Tambahan pula, pihak bank tidak dapat mengesan mereka yang melakukan jenayah ini..
Apa yang pihak bank boleh buat cuma nasihatkan pengguna supaya reportkan segera kepada pihak polis sekiranya peristiwa yang sama pernah berlaku..

Konklusinya:: 
Takyah print kluar resit.. Tengok kat skrin tu sudah ler.. Bleh jimatkan penggunaan kertas jugak..

Penuh satu tong.. Kalau jumpa kat sindiket tuh, memang kaya la depa


Wassalamualaikum..

Segmen " Chegu Zubir Promote Blog Anda"

Assalamualaikum..

Ini hari idea aku dah tandus.. Tak tahu nak tulis apa.. Ilham tak kesampaian lagi hah.. So, untuk mengisi masa lapang aku, join la segmen chegu Zubir nie.. 

Nak join?? Klik di header bawah ni atau tekan kat sini yer..

Klik Klik 
Nak tag saper ek??
Abang Ben boleh tak? Eh.. Tak payah la.. Aku tag dia ni ler..Newbie cam aku gak

URL entry hangat: Pengguna GPS Dalam Bahaya..

Okeh.. Selesai... Wassalamualaikum

Aku Nie Kedekut Ker ??

Assalamualaikum

Bersedialah untuk entry yang agak panjang dan merapu nie.. Pi sedia neslo dulu ker, buat maggi ker..

Ini luahan hati dan pemandangan aku saja .. Nie tak de kena mengena dengan sapa-sapa, samada yang masih hidup, mati atau yang belom lahir.. Sapa yang terasa mintak maaf la yer ..I'm sorry..

Cuber fikir dan imagin kan situasi kat bawah nie

Hang baru saja habih jawab paper final exam.. Darah muda dah mendidih nak release 'tension'.. Nak berseronok lah kiranya.. Hang pun ajaklah membe-menbe rapat kluar skali, pegi tengok wayang cerita orang putih.. 
Naik la kereta hang kan, sebab hang saja yang ada kereta.. Dah maju la katakan.. Orang lain still naek moto, wengg sana wengg sini, merempit lagi.. Ok fine.. Semua orang pun dengan sengihan manja nek la kreta hang.. Waktu dalam pejalanan nak keluar dari Universiti, hang perasan minyak kreta tak berapa nak ramai..

Ok.. Aku nak tanya.. Dalam situasi nie apa yang kamu, pembaca-pembaca sekalian akan buat?

1. Buat muka comel, kiut miut, walaupun muka legend, mintak sorang lima ringgit.. Sebagai "pampasan" sebab naik kereta hang

2. Kluar dari kreta, budget cool, pi kounter yang ada awek lawa tengah jaga tu, kluar dompet, bayar pakai duit sendri..

kalau aku mintak macamni, konfem orang bagi..hehe


Apamacam? Yang mana satukah kamu?
Yer, memang la kiter nie bebudak Uni tak banyak duit, pinjam PTPTN, yayasan, biasiswa bagai..
Tapi kalau aku lah, aku pilih option yang no.2 tuh.. 

Aku takkan mintak duit membe nak buat duit minyak.. Kalau membe tu baik hati, tinggi budi pekerti, nak bagi duit kat aku dengan rela hati takpe la juak, aku terima ngan hati dan poket yang terbuka..

Camni lah, aku berpegang dengan ajaran Islam dan ajaran emak bapak aku, orang yang memberi itu adalah lebih baik daripada yang memintak.. Betol ker ??

Bukan ler aku nak kata yang aku nie berada, kaya atau loaded, tapi lebih manis kalau kita tak menjual ikan (selfish) sesama membe-membe rapat kita kan ??



p/s:  Harga minyak dah naik kan? Pandai-pandai lah berjimat yer.. Peace yo !!

Wednesday 18 May 2011

Pengguna GPS Dalam Bahaya

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

"Hang punya GPS tu boleh detect speedtrap ka? Ehmm.. Nanti kalau kena tahan kat road block, cabut simpan benda tu.. Takut kena rampas"

GPS device


Hah.. Itulah yang ayah aku tegur waktu drive balik kampung aritu.. Macam mana la dia tau kan benda-benda nie?
Dia kan polis.. Dia tau la..

Aku ada tanya pasaipa plak nak rampas? 

"Yer la.. GPS hang tu detect speedtrap.. Macam dah dikira sebagai 'menghalang' kerja polis.." jawab ayahku..

 OK.. Sapa yang pakai GPS system untuk hala tuju tuh pandai-pandai la ek. Bila difikir-fikirkan balik, time aku kena kejar dengan lancer aritu, dia ada ursha aku.. Maybe dia ursha GPS aku kot.. Tak baca lagi? Tekan sini yerr!!

Sayonara amigos

Tengok Kartun Salah Ker?

Assalamualaikum

Pekabo? Sehat? Alhamdulillah..

Sebelum berakhirnya semester aritu, aku ada pegi satu gathering dekat sekitar UTM.. Gathering apa??
Gathering semua usrah-usrah di UTM.. Hehehe.. Bertempat di pejabat IKRAM di Taman U.

Time dalam usrah kecil yang telah dibahagikan, biasa ler ada sesi taaruf.. Aku pun crita la yang aku nie suka membaca, tak kira la majalah info ker, majalah agama ker atau apa jenis buku pun.. Tapi yang paling aku tekankan adalah kesukaan aku membaca manga.. 
Pastu ada la seorang senior ikhwah nie, tegur aku, katanya tolong kurangkan baca manga atau layan kartun nih.. Sebabnyer, dia kata orang yang layan anime/manga nie berada dalam dunia fantasi dan tidak sedar akan realiti.

jgeeks.com


Aduss.. Terasa jugak aku time tuh..
Tapi  kan.. Bila dipikiaq balik, trngok katun atau layan manga ni bukan lah terok mana kan..  Kalau x pecaya tanya Sergent Keroro..

Sini aku nak list antara kebaikan nyer kalau baca manga, atau layan anime.. Check it out..

1.Boleh belajar seni lukisan.. Banyak mangaka yang femes2 dan cara depa melukis pun berlainan. Banyak benda yang aku lukis rujuk kat otai2 manga nih..
2. Boleh belajar bahasa baru. Kalau tengok anime mesti tengok dalam bahasa Jepun kan, pastu ada subtitle English, dari situ la kita belaja.
3. Banyak nilai murni yang disampaikan. Daripada layan cerita melayu samarinda yang sama jenis jer jalan critanya,ie company, cinta, kawin, ugut, bunuh, mati.. LOL
4. Fantasi membawa kepada realiti, betol tak? White Beard(one piece) buat power tremor dalam manga sampai tsunami kan? Tengok apa yang jadi kat Jepun skrang.. Hehe



Ehmmm.. Apa lagi ek?? Ntah ler
Kalau tak stuju, bagitau la yer.. Tinggal jer komen.. Nanti kita gaduh komen..Haha

Sayonara...

p/s: misi minggu nie, nak habiskan baca hunter x hunter dan psyren..weeee

SMALLVILLE FINAL EPISODE

Assalamualaikum (^^)

Hello there.. Been a while since I wrote my entry in english huh..
Okay.. Since the entry title is about Smallville, an US english drama, so I think it is appropiate to write in english too..  
 Yeah right..

First and foremost, I would like to announce that the drama series Smallville is officially end. I just finished wathing the one and half hour long last episode.

I first started watch this drama is during my primary school i think. Maybe during my standard five.. Or is it standard six..? Hmmmm.. nevertheless, I rarely miss the show up untill now.

The final episode basically want to show that Clark Kent has finnally wear the shinning red underwear outside and a tight blue shirt with an S symbol embedded on it flying around saving the planet.. Again.. 

And yeah, Lex is back. The baldy resurected but his sister, Tess die.. Ironic huhh..
The final fight with Darkseid was extremely dissapoined.. I was hoping for more fight scenes, but overall it is not too bad.. At least I get to see Chloe and Louis in action.. Hehehe..Pervert!!

Nothing more to say I think.. If you want to download the complete series, just read this entry to find out how..

May peace be upon you.. Assalamualaikum..

Jazz Corner Johor Bahru

Assalamualaikum

Siapa sini pernah pergi makan kat Hutan Bandar?
Kat mana? Kat Johor Bahru der.. Kat situ ada kedai western yang jual set chiken chop dengan harga 5 hinggit sajer.. Pergh.. Memang berbaloi makan situ..  Sedap dan banyak pulak tuh.. Kalau untuk student macam aku nie memang sesuai la sangat..

Tapi aku bukan nak crita pasal reston western nie.. Besebelahan dengan restoran tuh ada satu tempat yang aku pun tak ingat namanyer..

Best nyer tempat nie sebab ada live performance.. Setiap ari Jumaat malam..
Band dari MPJB seramai lebih kurang 10 orang dengan instrument masing-masing akan memainkan lagu-lagu klasik, terutamanya genre jazz dan slow music.. Memang layan beb.. Nak masuk free, nak duduk lepak situ free, kalau nasib badan baik, ada orang akan sponsor makanan ringan2 dan juga minuman (selalu memang ada pun).. Wah.. Memang best giler ler..

Aku penah pegi sekali jer, dengan membe-membe coarsemate aku lepas final exam ariu.. Kalau aku takde hal aritu, memang sampai habis show kami lepak situ.. Suara penyanyi-penyanyi dia memang cambest, sound system tip top, instrument semua synchro terbaik punye..
nak snap pic tapi gelap, so search kat google jer lah.


So, sapa-sapa tension ker, putus cinta ker, result exam terok ker, nak tenangkan pemikiran, pegi lah kat tempat nie.. memang relaxing..

Sayonara..

Tuesday 17 May 2011

Jururawat X-stream Beb !! Part 2.0

Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia..

Seperti yang dijanjikan .. Entry sambungan kepada yang sebelum nie.. Tak baca lagi?? Klik sini yer..

Hmmm... Sapa jururawat xtream nie?? Cer teka cer teka..
Tak tahu?? Ok lah.. Kiter bagi hint kat awak.. Klik sini ok !! .. Tengok yang no. 2 tuh.. Dia la nurse yang paling x-games xtream penah kiter jumpa..

Kiter nak citer la kan, waktu kecik2 dulu, kiter jarang-jarang sekali sakit, demam ker, batuk ker, selsema ker.. Kalau ada pun tak lama.. Paling lama sehari kowt.. Nak tahu camna kiter boleh sihat walafiat jer??
Ehh.. Kiter x amalkan Jus Mate5 or Dr Jism la.. Sebab nurse xtream tu la yang jaga kitorang.. Kalau rasa macam nak sakit, nurse tu akan kata " Nah.. Makan panadol nie ebijik, minum aiq badaq tuh, pastu pi tidoq"..
Sempoi kan.. Konfem esok elok balik.. Hehehe

Lagi satu sebab knapa wanita ini dilabel misi xtream adalah kerana dia sungguh extream dalam pengurusan masa nya.. 

Pembaca: Apakejadah misi extream pulak nie?? Melalut la kau ni

Oi oi.. Misi tu nama len bagi jururawat la.. Slalu orang kampung ja panggil macamtu.. Haiyak..
Ok2.. Sambung balik.. Nurse ini tersangat extream kerana dia akan bangun awal, sekitar 5pagi, sewaktu semua orang masih tidur atau baru nak tidur (student slalu la camnie), bergegas untuk menyiapkan makanan untuk ahli keluarganya. Dan terlebih extream nyer, dia akan memasak sekali saja sehari secara combo, iaitu untuk sarapan, lunch dan dinner.. Terrer kan?? 



Sebenaqnya banyak lagi ke-xtreaman nurse nie yang masih belom ditulih.. Takpa2.. Taun depan ada lagi nurse day.. InsyaAllah time tuh kita sambung.. Hehehe

Pembaca: Aduyai.. Crita tegantung.. Boleh plak buat sequel.. Ingat kao nie buat crita Harry Potter ker??

Banyak komplen da kau nie.. Baca je lah taun depan... Hehehe
b(^_^)d

Saturday 14 May 2011

BLOGLIST ITIK KUNING

 
Assalamualaikum
Apekah Ini?? Nak tahu?? KLIK SINI JER !!

 Kategori Saya:
Kategori B : Jarang update ( sekali sehari )


Gambar Itik Kuning yang Kiut Miut??
Nie pon ble tahan Ke-Kiut-an nyer
  
wonderpets : apa yang penting? Kerjasama..


Pastu Kena Tag Paling Kurang Sorang
Ehmm.. Depa nie lah:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More